Isnin, April 16, 2012

Forum Kesedaran Dakwah


Tanggungjawab berdakwah terutama kepada masyarakat belum Islam adalah satu tanggungjawab yang diwajibkan keatas setiap Muslim. Walaupun ramai telah menyahut perintah Allah untuk berdakwah namun masih ramai yang perlu disedarkan akan tanggungjawab ini.

Hasil usaha pendakwah-pendakwah yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah telah melahirkan ramai saudara baru kepada agama Islam. Usaha ini bukan sahaja perlu diteruskan malah ia perlu dipertingkatkan setiap masa.


Menyedari hakikat ini, IKRAMSJ akan bekerjasama dengan masjid-masjid setempat untuk menganjurkan Forum Kesedaran Dakwah untuk meningkatkan kesedaran berdakwah terutama kepada masyarakat belum Islam dan juga mempelajari asas- asas beberapa agama pegangan mereka.
Objektif :
  1. Memupuk dan mengukuhkan kesedaran berdakwah terutama kepada masyarakat belum Islam.
  2. Berkongsi maklumat asas-asas agama Kristian, Hindu dan Buddha dan cara-cara praktikal berdakwah kepada penganut agama tersebut.
  3. Mempelajari soalan lazim masyarakat belum Islam dan cara terbaik menjawabnya.
Sebagai langkah permulaan, IKRAMSJ telah menjalin hubungan kerjasama dengan Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk diadakan forum ini secara berkala. Tarikh-tarikh yang telah dipersetujui adalah pada 28 April, 7 Julai dan 10 November 2012.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories