Selasa, April 24, 2012

Forum Dakwah Harmoni

Meraih Kehidupan yang baik





Meraih Kehidupan Yang Baik

Ada banyak permintaan yang kita panjatkan kepada Allah swt dalam doa kita sehari-hari dan salah satunya adalah memohon agar dianugerahkan kehidupan yang baik samada di dunia mahupun di akhirat.

Kehidupan yang baik diistilahkan oleh Al-Qur’an dengan
"Hayatan Thayyibah" sebagaimana firman Allah swt :

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS An Nahl : 97)

Kuliah Maghrib bersama Syeikh Sameer Saqqa daripada Syria

Isnin, April 23, 2012

Kejohanan Futsal antara surau-surau Piala Nazir As-Salam - Penyampaian Hadiah


 Kejohanan Futsal antara surau-surau anjuran bersama  Surau An-Nur Puchong Intan dengan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berjaya diadakan dengan penyertaan sebanyak 23 pasukan dari surau-surau di sekitar Masjid As-Salam. Gambar di atas adalah kumpulan yang menjuarai pasukan bawah 13 tahun

Jumaat, April 20, 2012

Kuliah Maghrib bersama Dato' Ismail Kamus

Lawatan Sambil Belajar (KPI Masjid) Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar Sabak Bernam


Tn Nazir Masjid As-Salam bergambar bersama-sama dengan AJK Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar sabak Bernam Selangor
Puchong, 14hb April 2012:  Satu rombongan pelawat yang terdiri daripada JKKK dan AJK Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar Sabak Bernam Selangor telah membuat lawatan sambil belajar ke Masjid As-Salam.

Rombongan yang terdiri daripada 45 orang telah diketuai oleh Tn Hj Abd Halim b. Miskom, Nazir Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar Sabak Bernam. Bersama-sama dalam rombongan ialah JKKK Kg Sungai Air Tawar yang terdiri daripada Penghulu dan Ketua Kampung yang berhampiran.

Program Motivasi Remaja

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Selasa, April 17, 2012

Pertandingan Futsal antara surau-surau Piala Nazir Masjid As-Salam mendapat sambutan meriah


Nazir Masjid As-Salam Tn Hj Yasim Mohamed sedang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan pertandingan Futsal antara surau-surau

Isnin, April 16, 2012

Forum Kesedaran Dakwah


Tanggungjawab berdakwah terutama kepada masyarakat belum Islam adalah satu tanggungjawab yang diwajibkan keatas setiap Muslim. Walaupun ramai telah menyahut perintah Allah untuk berdakwah namun masih ramai yang perlu disedarkan akan tanggungjawab ini.

Khamis, April 12, 2012

Masjid di Negeri Selangor perlu ditambah-baik


Di Selangor sejak tampuk pemerintahan negeri bertukar pada tahun 2008 salah satu perubahan besar yang dirasakan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri adalah pengembalian hak ahli kariah dalam menentukan pengurusan dan pentadbiran institusi berkenaan.
 
Kuasa dikembalikan kepada ahli-ahli kariah untuk memilih pimpinan masjid dan surau tidak seperti dahulu dimana pimpinan berkenaan diputuskan oleh parti pemerintah tanpa melalui ahli kariah.

Rabu, April 11, 2012

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih daripada Masjid Asy-Syakirin Taman Puchong Utama

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas
Pegawai dan AJK Masjid Asy-Syakirin Puchong Utama yang terpilih untuk sesi 2012 ~ 2015

Isnin, April 09, 2012

Dakwah dalam masyarakat majmuk

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, April 06, 2012

Sekitar “Seminar Wanita & Keluarga” Wanita IKRAMSJ & Masjid AsSalam Puchong 31 Mac 2012


 

Alhamdulillah, Wanita IKRAM Subang Jaya dengan kerjasama Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berjaya melaksanakan satu Seminar Wanita dan Keluarga dengan tema ”Wanita Sejahtera Keluarga Bahagia Di bawah Naungan Syariah” pada 31 Mac 2012 (Sabtu) jam 9.00 pagi – 1 petang di Ruang Legar, Masjid as-Salam, Puchong Perdana, Selangor Darul Ehsan. Hampir 100 orang peserta telah mendaftar bagi mengikuti program ini dan sebahagian peserta juga telah mendaftar menjadi ahli IKRAM Subang Jaya.



Gambar kenang-kenangan bersama Mufti Besar Australia

Dr Ibrahim Abu Mohammad, Mufti Besar Australia bergambar bersama-sama dengan Tuan Nazir, AJK Masjid dan Kumpulan Majlis Taalim Rahmatallilalamin

Selasa, April 03, 2012

Menjana Tenaga Yang Kuat

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Tidak dapat dinafikan apabila kita memperkatakan betapa pentingnya kekuatan tenaga untuk mencapai sesuatu visi.

"Impian-impian yang besar memerlukan tenaga yang besar".

Ramai orang berhenti di tengah jalan hanya kerana kehilangan daya tahan beserta dengan bertambahnya halangan dan rintangan kerana memang sesuatu impian yang besar akan pasti diiringi oleh besarnya halangan dan rintangan.

Grab this Widget ~ Blogger Accessories