Isnin, Februari 13, 2012

Surau An-Nur Taman Puchong Intan - Surau Terbaik 2011



Tn Hj Saibani, Pengerusi Surau An-Nur Taman Puchong Intan menerima Piala Pusingan Anugerah Surau Terbaik Kariah Masjid As-Salam 2011


Puchong, 11 Februari 2012;  Satu Majlis perjumpaan antara Jawatankuasa Masjid dengan Pengerusi dan Jawatankuasa Surau-surau dibawah kariah Masjid As Salam Puchong Perdana telah diadakan. Ketua Penyelaras Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor, Ust Ramli Sidom mewakili Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid JAIS telah hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini.

Pada perjumpaan ini juga satu Taklimat Khas oleh Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah disampaikan kepada semua jawatan kuasa surau-surau di kariah masjid As-Salam Puchong Perdana. Taklimat ini menyentuh aspek penambahbaikan , hala tuju surau, masalah komunikasi yang timbul serta perancangan akan datang.

Surau An-Nur Taman Puchong Intan telah diumumkan sebagai Surau Terbaik 2011 peringkat Surau-surau di kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana.


Sebahagian daripada Jawatankuasa Surau-surau yang hadir pada perjumpaan tersebut
Tuan Nazir Masjid As-Salam sedang menyampaikan Taklimat Tahunan


Tn Hj Azmi Ghani, Ketua Penilai KPI Surau sedang membuat rumusan keputusan Anugerah Penilaian Surau Terbaik
Penilaian ke atas surau-surau dibawah Masjid As-Salam telah pun bermula dari 18hb November 2011 dan berakhir pada 29 Januari 2012. Sebanyak 15 buah surau telah mengambil bahagian dalam Penilaian tersebut. Audit ke atas surau tersebut dilaksanakan oleh 4 orang panel penilaian seperti berikut:


1. En Ery Sudirman Basri (Pegawai Khas Nazir As-Salam)
2. Encik Rahman Yang Chek (Bendahari Masjid)
3. Al-Fadil Ustaz Haji Mohd Atiq Mohammad (Imam Masjid As-Salam)
Pengerusi Surau Nurul Iman Pangsapuri Elina Puchong Prima menerima sumbangan dari Masjid As-Salam Puchong Perdana

Pengerusi Surau Al-Mutaqim Court 2 Puchong Utama, Tuan Haji Shahrudin menerima sumbangan dari Masjid As-Salam Puchong Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Ramli Sidom dan Tuan Haji Yasim Mohamed

Al-Fadil Ustz Ramli Sidom Ketua Penyelaras Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor sedang memberi ucapan


Setiausaha Surau Madrastul Ehsan Puchong Perdana sedang menerima hadiah. Surau Madrasatul Ehsan menduduki tempat kedua dengan menerima sebuah Trofi dan Sijil Penghargaan 4 Bintang dari Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Barisan AJK Surau Al-Mawaddah Puchong Prima yang diketuai oleh Pengerusi Surau Tuan Haji Razak bergambar bersama-sama dengan Ketua Penyelaras Pengurusan Masjid JAIS dan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana. Surau Al-Mawaddah menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang Sijil Penghargaan 4 Bintang dan Trofi.

Surau Al-Ehsan Pangsapuri Puchong Permai menduduki tempat keempat dengan membawa pulang Sijil Penghargaan 4 Bintang, manakala Surau Al-Kauthar Puchong Perdana membawa pulang Sijil Penghargaan Tiga bintang menduduki tempat Kelima.

Barisan AJK Masjid As-Salam Masjid As-Salam Puchong Perdana bergambar bersama-sama Al-Fadil Ustaz Ramli Sidom. Dari kanan Encik Hussin Hasran ( Pengerusi Biro Ekonomi ), Encik Rahman Yang Chek (Bendahari ), Encik Ery Sudirman Basri ( Pegawai Khas Nazir ), Tuan Haji Azmi A.Ghani ( Timbalan Setiausaha), Encik Mohd Suhaimi Ishak ( Setiausaha ), Al-Fadil Ustaz Ramli Sidom, Tuan Haji Yasim Mohamed ( Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana), Encik Nor Afizan Ibrahim( Pengerusi Biro Keceriaan) dan Encik Zupri Bani (AJK) Masjid As-Salam Puchong Perdana.


RINGKASAN PENCAPAIAN

 Panel mendapat kerjasama yang baik dari pihak pengurusan surau semasa ‘audit’ dijalankan
 Panel penilaian mendapati kesemua surau mempunyai asas bagi memenuhi ketiga-tiga skop atau kategori yang telah ditetapkan
 Panel menyarankan agar pihak pengurusan surau perlu membuat penambahbaikan bagi memantapkan lagi pengurusan surau-surau
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


 Carta organisasi perlu dilengkapkan
 Dokumentasi terutama sistem fail yang lebih sistematik
 Proaktif dalam penganjuran kursus untuk anak kariah
 Mewujudkan usrah bagi ahli jawatankuasa bagi memantapkan komitmen Ajk terhadap tangungjawap yang diamanahkan.
 Papantanda penunjuk arah surau untuk kemudahan dan imej
 Pembangunan modal insan terutama remaja melalui kursus, kelas pengajian dan sukan perlu diadakan
 Komunikasi antara Surau & Masjid perlu di pertingkatkan


Laporan Oleh;
Ery Sudirman b Basri
Pegawai Khas Nazir as-Salam

1 ulasan:

Idah berkata...

Tahniah...AJK Surau Puchong Intan...

Grab this Widget ~ Blogger Accessories