Sabtu, Februari 18, 2012

Majlis Sambutan MaulidurRasul di Surau As-Solihin Desa Idaman Puchong Prima


Pada tanggal 11 Feb 2012(Sabtu) bersamaan 18 R.Awal 1433H, AJK Sementara Surau As-Solihin Desa Idaman dengan kerjasama seluruh penduduk Muslimnya, telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1433H.

Majlis yang bermula dengan Solat Maghrib berjemaah bertempat di Surau As-Solihin Desa Idaman telah dibimbing oleh Tuan Imam Ustaz Mohd Afifi Bin Mohd Yatim Al-Hafiz dan diikuti alunan Qasidah dan Marhaban oleh anak-anak Maahad Tahfiz Al-Haziq Taman Puchong Prima di Dewan Club House Desa Idaman.




Para hadirin kemudiannya telah bersama2 berselawat dan memuji serta mengingati kebesaran Rasulullah s.a.w. penghulu segala Nabi.

 

Setelah itu program diteruskan dengan majlis ceramah perdana oleh yang berbahagia Ustaz Hj Ismail Bin Yaa’kub, Puchong Prima yang berakhir melewati jam 10:00 mlm. Setelah berlangsungnya ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj Ismail dengan begitu santai tetapi dalam nada yang tegas, program diteruskan lagi dengan Solat Isya’ berjemaah dan disudahi dengan jamuan makan.

Akhir kata, bagi pihak AJK Sementara Surau As-Solihin Desa Idaman, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Marhaban ya Rasulullah…

Laporan oleh:
Sarul Hisham Samanan
Pengerusi
Surau As-Solihin, Desa Idaman
Puchong Prima.

2 ulasan:

Elly Khalid berkata...

assalamualaikum..
Mohon berikan contact person dan no tel/hp utk menghubungi kumpulan qasidah maahad tahfiz al haziq ini.

Elly Khalid berkata...

assalamualaikum..
Mohon berikan contact person dan no tel/hp utk menghubungi kumpulan qasidah maahad tahfiz al haziq ini.

Grab this Widget ~ Blogger Accessories