Jumaat, Februari 17, 2012

Sambutan sangat memberangsangkan - Penyertaan Kursus Asas Haji 2012 di Masjid As-Salam meningkat

Telah menjadi kebiasaan setiap tahun antara kebanyakan Masjid dikawasan berhampiran sekitar Subang, Kinrara dan Shah Alam, Masjid As Salam Puchong Perdana adalah antara Masjid yang terpilih untuk menjadi lokasi penganjuran Kursus Asas Haji (KAH). Dan didalam keseluruhan sekitar kawasan tersebut, hanya 2 hingga 4 Masjid sahaja yang dipilih oleh pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia (LTH) untuk mengadakan kursus itu.

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed menyentuh aspek persediaan mental untuk para bakal haji dalam ucapan alu-aluannya semasa Kursus Asas Haji minggu lepas

Kursus yang akan berlansung selama 17 minggu bermula 12 Febuari yang lalu, telah berjaya mengumpul seramai 328 orang peserta dari berbagai peringkat umur. Kebanyakkan peserta datangnya dari kawasan berhampiran serta ada juga yang datang dari luar kawasan seperti Shah Alam dan Subang.

Bilangan peserta juga akan bertambah dari minggu ke minggu kebiasaannya mengikut pada kursus tahun-tahun yang lepas serta berkemungkinan mencecah 400 orang. Jumlah penyertaan pada tahun ini agak menggalakkan dari tahun lepas dengan perbezaan hampir 2 kali ganda.

 Penyertaan yang menggalakkan di Masjid As Salam ini mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah pengurusan yang komited oleh ahli jawatankuasa yang ditubuh khas oleh pihak pengurusan Masjid dari dulu hingga sekarang, keselesaan serta kemudahan yang dititik beratkan serta dinaik taraf dari masa ke semasa demi kepentingan peserta, sentiasa memberi perhatian akan masalah serta idea bernas yang kebanyakkannya datang dari peserta itu sendiri dan apa yang paling penting ialah kesedaran akan kepentingan menuntut ilmu ibadah haji yang kini semakin menambat hati umat islam khususnya di dalam kawasan Puchong.

Kursus yang mengambil masa 2 jam bermula seawal 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ini dipimpin oleh seorang ustaz yang cukup berpengalaman dan mendapat pengiktirafan dari LTH. Pada hari pertama kursus, satu majlis perasmian telah diadakan, tuan Nazir Masjid As Salam, Tn Hj Yasim Mohamed telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan alu- aluan pada majlis tersebut. Pengerusi J/Kuasa Kursus Asas Haji Masjid As-Salam, En Mohammad Nor Afizan Ibrahim juga telah memberi ucapan mengalu-alukan kehadiran peserta serta memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa sekali gus menyampaikan sedikit makluman berhubung kursus asas haji ini.

Kursus Asas Haji 2012 pada kali ini telah dirasmikan oleh wakil pengurus LTH cawangan Batu Caves iaitu Haji Azman b. Abd Rahman.



Peserta kursus asas haji semasa sessi pendaftaran



Sessi pendaftaran peserta kursus

Ahli J/Kuasa Kursus Haji sedang sibuk menguruskan pendaftaran peserta kursus









En Nor Afizan Ibrahim, Pengerusi J/kuasa Kursus Asas Haji Masjid As-salam sedang menyampaikan ucapan

Tn Hj Azman Abd Rahman, Wakil pihak Lembaga Tabung Haji merasmikan Kursus Asas Haji 2012


Laporan oleh:
Mohd Nor Afizan b. Ibrahim

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories