Isnin, Februari 20, 2012

Masjid As-Salam menerima Anugerah Masjid Terbaik 2011 Peringkat Daerah Petaling

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed (kiri) menerima Sijil Anugerah Masjid Terbaik daripada Dato' Hj Emran Abd Kadir, Orang Besar Daerah Petaling (tengah) serta disaksikan oleh Ust Sujak b. Mohd Dasuki, Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling (Kanan)

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas
Subang, 19hb Februari 2012, Masjid As-Salam Puchong Perdana yang mencapai taraf  Masjid 5 Bintang telah sekaligus diistiharkan sebagai penerima Anugerah Masjid Terbaik Peringkat Daerah Petaling bagi tahun 2011. Tuan Haji Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima anugerah ini di Majlis yang diadakan di Perkarangan Masjid At-Taqwa Subang Permai Sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Petaling.

Anugerah Masjid Terbaik 2012 ini telah disampaikan oleh Dato' Hj Emran b. Hj Abd Kadir, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Daerah Petaling.

Sabtu, Februari 18, 2012

Majlis Sambutan MaulidurRasul di Surau As-Solihin Desa Idaman Puchong Prima


Pada tanggal 11 Feb 2012(Sabtu) bersamaan 18 R.Awal 1433H, AJK Sementara Surau As-Solihin Desa Idaman dengan kerjasama seluruh penduduk Muslimnya, telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1433H.

Majlis yang bermula dengan Solat Maghrib berjemaah bertempat di Surau As-Solihin Desa Idaman telah dibimbing oleh Tuan Imam Ustaz Mohd Afifi Bin Mohd Yatim Al-Hafiz dan diikuti alunan Qasidah dan Marhaban oleh anak-anak Maahad Tahfiz Al-Haziq Taman Puchong Prima di Dewan Club House Desa Idaman.

Jumaat, Februari 17, 2012

Sambutan sangat memberangsangkan - Penyertaan Kursus Asas Haji 2012 di Masjid As-Salam meningkat

Telah menjadi kebiasaan setiap tahun antara kebanyakan Masjid dikawasan berhampiran sekitar Subang, Kinrara dan Shah Alam, Masjid As Salam Puchong Perdana adalah antara Masjid yang terpilih untuk menjadi lokasi penganjuran Kursus Asas Haji (KAH). Dan didalam keseluruhan sekitar kawasan tersebut, hanya 2 hingga 4 Masjid sahaja yang dipilih oleh pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia (LTH) untuk mengadakan kursus itu.

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed menyentuh aspek persediaan mental untuk para bakal haji dalam ucapan alu-aluannya semasa Kursus Asas Haji minggu lepas

Isnin, Februari 13, 2012

Surau An-Nur Taman Puchong Intan - Surau Terbaik 2011



Tn Hj Saibani, Pengerusi Surau An-Nur Taman Puchong Intan menerima Piala Pusingan Anugerah Surau Terbaik Kariah Masjid As-Salam 2011


Puchong, 11 Februari 2012;  Satu Majlis perjumpaan antara Jawatankuasa Masjid dengan Pengerusi dan Jawatankuasa Surau-surau dibawah kariah Masjid As Salam Puchong Perdana telah diadakan. Ketua Penyelaras Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor, Ust Ramli Sidom mewakili Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid JAIS telah hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini.

Pada perjumpaan ini juga satu Taklimat Khas oleh Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah disampaikan kepada semua jawatan kuasa surau-surau di kariah masjid As-Salam Puchong Perdana. Taklimat ini menyentuh aspek penambahbaikan , hala tuju surau, masalah komunikasi yang timbul serta perancangan akan datang.

Surau An-Nur Taman Puchong Intan telah diumumkan sebagai Surau Terbaik 2011 peringkat Surau-surau di kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Rabu, Februari 08, 2012

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas



Jumaat, Februari 03, 2012

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Rabu, Februari 01, 2012

Program Muqaddimah di TV9 (Episod Rakaman di Masjid As-Salam Puchong Perdana)

Berikut adalah jadual Siaran Program Muqaddimah di TV9.
Waktu Siaran:  6:30 pagi
Lokasi Rakaman:  Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Tarikh Siaran: 
  • 12hb March 2012  (Isnin)
  • 17hb March 2012  (Sabtu)
  • 19hb March 2012  (Isnin)
  • 22hb March 2012  (Khamis)
  • 23hb March 2012  (Jumaat)
Selamat Menonton.
Grab this Widget ~ Blogger Accessories