Jumaat, Januari 13, 2012

Program Smart Science Revision di Masjid As-Salam

Pada 19-21 Disember 2011 yang lalu, satu program ‘Smart Science Revision 2011’ telah diadakan di Dewan Kuliah, Masjid As Salam, Puchong Perdana. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Belia Bestari Puchong dan Biro Belia & Rekreasi, Masjid As Salam Puchong Perdana. Program yang disasarkan untuk para pelajar darjah lima (bagi persediaan menghadapi UPSR 2012) berteraskan objektif berikut: -


 Membantu pelajar yang akan menduduki UPSR supaya lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
 Untuk mendedahkan kepada pelajar semua fakta-fakta, konsep atau prinsip-prinsip dan termasuk istilah.
 Untuk mempastikan pelajar memahami dengan lebih baik kemahiran proses sains yang terlibat dalam menjawab soalan-soalan.
 Sebagai panduan kepada keupayaan pelajar dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif.

Seramai 7 orang pelajar telah mengikuti program Smart Science Revision UPSR 2011. Majoriti pelajar yang hadir adalah daripada pelajar-pelajar yang bersekolah di SK Serdang (6 orang) dan seorang dari SK Puchong Indah. Pelajar yang terlibat adalah:

a. Ahmad Faruq Bin Kamaludin – SK Puchong Indah
b. Muhammad Murshid Bin NorAzmi – SK Serdang
c. Nurul Hani Binti Ismail – SK Serdang
d. Atikah Binti Yasran – SK Serdang
e. Siti Norfatihah Binti Norshahrin – SK Serdang
f. Nurul Fatihah Binti Norzaini – SK Serdang
g. Nur Fatini Binti Holek – SK Serdang

Sepanjang program ini, terdapat 12 tajuk teras dalam subjek Sains UPSR telah dibentangkan antaranya: microorganism, survival of the species, food chain and food web, energy, electricity, light, heat, states of matter, acid and alkaline, constellations, earth, moon and sun and strength and stability.

Setelah pelajar memahami setelah mengikuti program ini, satu penilaian diadakan untuk menguji tahap pemahaman setiap pelajar. Soalan kuiz telah diberikan dan purata markah setiap pelajar adalah 80% ke atas.








Laporan disediakan oleh:

Syaari Jamian

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories