Sabtu, Januari 14, 2012

Program "Kembali ke Sekolah" bersama anak-anak yatim 2011 meriah

Peserta bergambar sebelum bertolak ke Jusco Seri Kembangan untuk membeli belah


Puchong, 31 Disember 2011,  sekumpulan anak-anak yatim dibawah kariah Masjid As Salam Puchong Perdana telah diraikan didalam satu program yang dinamakan “KEMBALI KE SEKOLAH 2012”.
Seramai 40 orang dari 22 buah keluarga miskin telah dipilih untuk menyertai program tersebut. Mereka dipilih berdasarkan kelayakan yang digunapakai oleh Biro Kebajikan Masjid As Salam dan disahkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor.
Program ini bertujuan bagi meringankan beban keluarga anak-anak yatim ini dalam menghadapi musim persekolahan yang akan tiba beberapa hari lagi. Setiap seorang diperuntukkan sejumlah RM200 untuk membeli keperluan persekolahan berpandukan kepada keperluan masing-masing. Ini adalah kerana pihak Masjid telah membawa  mereka sendiri membeli belah di Jusco Seri Kembangan Selangor.

Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam berucap dalam majlis penyerahan baucer
Bermula seawal jam 8.30 pagi sesi pendaftaran, peserta dikumpulkan untuk mendengar ucapan serta kata-kata semangat dari Nazir Masjid As Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed sekali gus membuat penyerahan baucer kepada setiap anak-anak yatim tersebut. 
Sebelum berlepas, setiap mereka diberi taklimat ringkas tentang perjalanan program oleh Penyelaras Program, Encik Mohammad Nor Afizan Ibrahim. Tepat jam 10.00 pagi, kesemua peserta bersama-sama petugas berlepas ke Jusco dengan diiringi oleh pasukan polis Trafik IPK Selangor dan kelab motorsikal berkuasa tinggi iaitu “PUCHONG BIKERS”.
Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi "Puchong Bikers"
Rombongan tiba di Jusco sekitar jam 10.30 pagi dengan disambut meriah oleh pihak pengurusan Jusco. Anak-anak yatim ini mula sesi membeli belah pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Sebelum berangkat pulang, pihak Jusco dengan bermurah hati telah menyediakan saguhati untuk setiap peserta dan penjaga  sebagai tanda kenang kenangan.
Setibanya semula di Masjid As Salam pada jam 1.00 tengahari, kesemua yang terlibat dijamukan dengan hidangan ringkas KFC untuk jamuan makan tengahari sebelum program selesai.
Masjid As Salam selaku penganjur program ini, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat seperti NISA” PUCHONG, PUCHONG BIKERS, POLIS TRAFIK SELANGOR, MERALI INTERPRISE dan individu-individu yang terlibat. Tidak lupa juga kepada para anak-anak kariah yang menyumbang wang ringgit ketika tabung program ini dilancar. Untuk pengetahuan, ini merupakan program kali ketiga seumpama ini dianjurkan oleh Masjid As Salam.

Majlis penyerahan baucer kepada peserta-peserta









Laporan oleh:
Mohammad Nor Afizan Ibrahim
Pengarah Program

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories