Rabu, Januari 11, 2012

Laporan Program Daurah Remaja Islam Selangor


Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Masjid As-Salam Puchong Perdana bersama-sama dengan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor dan Bahagian Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Petaling telah berjaya menganjurkan “Program Daurah Remaja Islam Negeri Selangor” untuk remaja di musim cuti sekolah ini.

Seramai 87 orang peserta remaja yang terdiri daripada usia diantara 7 hingga 15 tahun telah mengikuti Program yang berlangsung selama 9 hari. Selain dari Program Daurah Remaja diselitkan juga English Camp yang mana fasilitator terdiri dari pelajar-pelajar Politek MARA. Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah:

o Melancarkan bacaan Al-Quran

o Menghafal surah-surah lazim kepada peserta yang belum khatam 30 juzuk bacaannya.

o Mengajar fardhu ain,antara pelajaran yang diajar adalah Akidah, Feqah Ibadah, Solat,Akhlak, Al-Quran, Hadith, Sirah, Fiqh Semasa, Mahir Jawi dan Zikir Harian / Doa.

o Seramai 21 orang fasilitator telah menjayakan Program ini dan diikuti juga dengan bantuan daripada ahli jawatankuasa Masjid As-Salam, Persatuan Belia Masjid Selangor dan Pelajar-pelajar dari Politek MARA dibawah kelolaan Puan Salina.

o Disamping itu, peserta juga turut dapat mengikuti English Camp. Dalam program ini peserta dapat belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang betul dan juga mempelajari cara berkomunikasi dengan baik

Disamping itu, peserta juga telah didedahkan dengan modul fardu ain dan fardu kifayah, cara solat yang sempurna dan membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

Selain itu peserta juga telah didedahkan dengan cara kehidupan pelajar tahfiz yang belajar sama ada di Maahad atau madrasah. Para peserta juga telah dididik dengan melakukan solat dhuha dan membaca Asma Ul-Husna di pagi hari.

Di sesi penutup Program ini, Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed, Ustazah Nurfarahin dan Ustazah Nuwairani dari Pejabat Agama Islam Daerah Pertaling Jabatan Agama Islam Selangor bersama-sama telah meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada peserta-peserta.

Seramai lebih dari 250 orang hadirin terdiri dari Ibu-Bapa peserta dan Peserta hadir untuk Majlis Penutup dengan diadakan pelbagai persembahan dari para peserta bagi meraikan peserta yang tamat mengikuti program tersebut.

Diantara pencapaian peserta-peserta program ini ialah:

1) Hadiah Peserta Program Terbaik telah disandang oleh adik Nur Izzati Binti Zamanhuri.

2) Hadiah untuk Peserta Disiplin Terbaik Program telah disandang oleh adik Muhammad Zahir Zikry Bin Muhammad, Muhammad Zaid Harithah Bin Harun dan Muhammad Fitri Bin Abd.Nasir.

3) Hadiah Peserta Pengulas Pembentangan Terbaik Program telah disandang oleh adik Ameen Noor Aqilah Bt Muhd Goh Kee Leok dan Mohd Khairil Ambia Putra Bin Mohd Nor Afizan.

Selain dari itu Anugerah peserta hafazan terbaik dan peserta yang mempunyai kepimpinan terbaik telah juga dinobatkan kepada peserta program.


Peserta program di dalam kelas Celik Jawi yang dikendalikan oleh Ustaz Shafwan

Peserta sedang mengikuti kelas Aqidah yang pendedahan tersebut dikendalikan oleh Encik Ery Sudirman Basri.

Para peserta sedang kyusuk mengikuti kelas yang dikendalikan oleh Ustaz Halim.

Ustaz Omar merupakan salah seorang fasilitator yang mengendalikan kelas hafazan.
Ustaz Mohd Atiq sedang memberi penerangan kepada peserta mengenai hukum-hukum tajwid.

Ustaz Halim sedang menjawab soalan yang dikemukakan oleh para peserta dalam sessi soal jawab

Profesor Zahari atau dikenali dengan Cikgu Zahari juga dipanggil untuk menjadi salah seorang fasilitator untuk sebjek Akhlak.

Cik Zarwa bersama-sama 13 fasilitator yang lain dari pelajar-pelajar Politek MARA sedang membuat penerangan kepada peserta program dalam English Camp yang dikendalikan oleh beliau.

Antara ‘Fun English Activity’ yang dikendalikan oleh para fasilitator dari Politek MARA.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories