Selasa, Disember 13, 2011

Program Tahfizul Quran memberi pendedahan untuk peserta menghafal Al-Quran


Peserta lelaki yang mengikuti Program Tahfizul Quran



Peserta perempuan bergambar bersama Imam Muda Hizburrahman
Puchong, 3 Disember: Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berjaya mengadakan “Program Tahfizul Quran” untuk remaja di musim cuti sekolah ini. Seramai 78 orang peserta remaja yang terdiri daripada usia diantara 9 hingga 15 tahun telah mengikuti Program yang berlangsung selama 1 minggu tersebut.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah:

  • Melancarkan bacaan Al-Quran
  • Menghafal surah-surah lazim kepada peserta yang belum khatam 30 juzuk bacaannya.
  • Menghafal surah-surah penting seperti surah As-Sajadah, Surah Yasin dan lain-lain surah
Disamping itu, peserta juga telah didedahkan dengan modul fardu ain dan fardu kifayah cara pengurusan jenazah.

Selain itu peserta juga telah berpeluang mendengar pengisian yang berbentuk motivasi yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Hizburrahman (Imam Muda). Peserta juga telah didedahkan dengan cara kehidupan  pelajar tahfiz yang belajar sama ada di Maahad atau madrasah.

Di sesi penutup Program ini, Tuan Nazir Masjid As-Salam Tn Hj Yasim Mohamed telah meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada peserta-peserta.

Diantara pencapaian peserta-peserta program ini ialah:

1)  Hadiah Pencapaian Program Terbaik telah disandang oleh adik Diana Sari Bt Buang Sayadi yang telah menghafal 7 surah pilihan.

2) Hadiah untuk Peserta Harapan Program telah disandang oleh adik Siti Aisyah Bt Ahmad Suhaimi yang telah berjaya menghafal 4 surah penting. Adik Aisyah juga telah terpilih sebagai peserta terbaik (perempuan) ketika menghadiri Kursus Tahfiz Peringkat Negeri Pahang.

3) Hadiah Peserta Akhlak Terbaik Program telah disandang oleh adik Nur Syasya Loh Bt.Sufian Loh

Selain daripada  itu keseluruhan peserta telah berjaya menghafal 22 surah bermula dari surah Dhuha sehingga surah An-Nas.

Tn Hj Yasim Mohamed menyampaikan hadiah kepada adik Diana Sari Bt Buang Sayadi



 


 


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories