Jumaat, Disember 30, 2011

Laporan Aktiviti Bulan November Surau Al-Muqaddim Pangsapuri Lili Puchong Prima


Gotong royong penyediaan juadah bagi sambutan Hari Raya Kurban pada 5 Nov 2011 (malam) dan ibadah sembelihan kurban 3 ekor lembu dibuat pada 6 Nov 2011 selepas solat sunat Aidul Adha

Laporan oleh:
Azhar B. Samsudin
Pengerusi
Surau Al-Muqaddim Pangsapuri Lili



Coretan dari bumi Palestin

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Rabu, Disember 28, 2011

Perlukah kita berubah ?

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Disember 23, 2011

Keletihan dan selalu mengalami sakit-sakit badan?

Terdapat 8 buah kerusi urut terapi disediakan di Masjid As-Salam
Para jemaah di Masjid As-Salam Puchong Perdana kini berpeluang menikmati perkhidmatan terapi urutan mesin menggunakan kerusi urut Gintell pada kadar bayaran serendah RM1.00 untuk tiga minit.

8 buah kerusi terapi telah disediakan di bahagian aras bawah Masjid As-Salam untuk digunakan oleh para jemaah. Pengumuman berhubung perkhidmatan yang disediakan telah dibuat oleh Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed semasa pengumuman Jumaat tengah hari tadi.

Khamis, Disember 22, 2011

Berita dari Palestin

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Khamis, Disember 15, 2011

Program Bijak Sains untuk UPSR 2012


Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


Selasa, Disember 13, 2011

Isnin, Disember 12, 2011

Bersama Sheikh Nuruddin Al-Banjari di Masjid As-Salam 15/12/2011


Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.

BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Kuliah Maghrib Perdana

Khamis, Disember 08, 2011

Laporan Program Remaja Perempuan: Kem "Free 2 Be Muslim"

Puchong, 4 Disember;  Nisa' Puchong dengan kerjasama Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berjaya mengadakan Kem "Free 2 Be Muslim" untuk remaja perempuan di musim cuti sekolah ini. Seramai 70 orang remaja perempuan daripada usia diantara 12 hingga 17 tahun telah mengikuti Program 2 hari 1 malam ini.

Diantara objektif Program ini diadakan adalah untuk:
a. Melahirkan anak muda muslim yang ideal dalam mengislamisasikan fitrah mengikut acuan zaman;

b. Membantu anak muda melihat potensi-potensi yang ada dalam diri mereka;
c. Melahirkan anak muda Islam yang ideal dari segi intelektual, spiritual dan sahsiah;
d. Menjadi platform perkongsian ilmu dan amal dalam suasana ‘peer cantered learning’ yang bersifat lebih santai berbanding perkongsian kuliah ilmu semata-mata.

Grab this Widget ~ Blogger Accessories