Sabtu, November 19, 2011

Program Khidmat Komuniti oleh Pelajar Institiut Perkembangan Minda UiTM Shah Alam


Tn Hj Yasim sedang menyampaikan ceramah


Tarikh : 5 November 2011 Bersamaan 9 Zulhijjah 1432H
Tempat : Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.
Penceramah : Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana
Program : Khidmat Komuniti oleh Pelajar Institiut Perkembangan Minda UiTM Shah Alam 

Program Khidmat Komuniti ini diadakan pada 5 November 2011 bersamaain 9 Zulhijjah 1432H, Seramai 50 orang anak yatim penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih menyertai program khidmat masyarakat dan penceramah jemputan ialah Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana Tn Hj Yasim Mohamed.

Sempena menyambut hari yang mulia dalam tahun Islam, iaitu Hari Raya Aidil Adha, kami menjemput Tn Hj Yasim Mohamed untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak Rumah Amal Limpahan Kasih tentang sejarah Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha.

Objektif utama program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan juga masyarakat tentang keprihatinan kepada anak- anak yatim. Selain itu, ianya juga dapat mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan terutamanya dari aspek kerohanian.

Laporan oleh:
Nurul Aiman Binti Mat Yusoff
Pelajar UiTM Shah Alam.

En Mohd Rauf Baharudin wakil daripada Institiut Perkembangan Minda UiTM Shah Alam menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Yasim Mohamed

Anak-anak yatim penghuni Rumah Limpahan Kasih di Puchong 


Peserta sedang tekun mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Nazir Masjid As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories