Jumaat, September 16, 2011

Ustaz Azhar Idrus…satu fenomena!


Ribuan jemaah hadir untuk mendengar kuliah Ust Azhar di Masjid Negeri Shah Alam Julai lalu

Sekarang ni nama Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal di merata-rata tempat malah ada yang gelar Ust. Azhar sebagai ‘Ustaz Youtube’ kerana pengaruhnya yang cukup hebat dalam laman tersebut.

Kaset dengan vcd ni jangan ceritalah, laris macam pisang goreng, kalah vcd Mat Sabu hehehehe

Dialek Terengganunya sangat pekat, sampai orang Perak pun dah leh faham cakap Terengganu disebabkan pengaruh Ustaz Azhar ini.


Yang menariknya mengenai Ustaz Azhar, selain pandai buat lawak (kalah Raja Lawak), dia juga boleh cakap apa saja, pasal komputer ke, pasal gigabait ke…malah pasal rock pun dia rembat semacam je.

Difahamkan dia minat fotografi dan gajet, sebab tu benda-benda moden ni celah gigi dia je, dan bila semua perkara ini disentuh sekali dalam ceramahnya, ia membuatkan kita merasa ‘dekat’ terutama bagi orang muda.


Tapi kita kenalah tahan telinga sikit bila Ustaz Azhar buka mulut, pedas giler beb…tapi jangan risau, dalam pada dia ‘smash’ tu, cepat-cepat dia buat lawak balik membuatkan semua hadirin tak ambil hati dengan teguran-tegurannya

Untuk makluman semua, Ustaz Azhar ni dulu guru muzik tapi katanya berbelas tahun dia mengaji agama dengan tok-tok guru terkenal, lepas tu baru dia start berceramah.

Malah ada juga sumber yang mengatakan Ustaz Azhar dulu study kat US, entahlah Wallahualam


Tak kisahlah apa pun latar belakangnya, selagi dia membawa ilmu yang benar dan tak menyimpang, maka kita perlu kagum dengan insan seperti Ustaz Azhar Idrus ni.






Sekurang-kurangnya, bila beribu insan jahil di luar sana mula mengikut syarahan-syarahan agamanya, itu pun satu perkembangan yang cukup baik, dok gitu?

Ustaz Azhar Idrus akan menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 25 September 2011. Semua dijemput hadir.



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories