Ahad, Ogos 14, 2011

Tazkirah Khas Ramadhan bersama Prof. Dr Muhd Kamil b. Ibrahim


Tajuk: Meniti Hari Esok

Penceramah: Prof Dr. Muhd Kamil b. Ibrahim

Tarikh: 15 Ogos 2011  (Isnin)

Masa:  Selepas Solat Isyak

Tempat: Masjid As-Salam Puchong Perdana





Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim, merupakan profesor perakaunan yang sudah berkhidmat lebih daripada 22 tahun di UiTM. Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom.

Beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma sebagai pelajar terbaik dan kedua terbaik di peringkat sarjana muda. Dr Muhd Kamil juga berjaya menamat pengajian sarjana beliau dalam tempoh 11 bulan dan PhD dalam tempoh 32 bulan, rekod terpantas di Fakulti Perakaunan UiTM.

Dr Muhd Kamil juga telah menjawat pelbagai jawatan pentadbir akademik, misalnya Pengarah Kampus, Dekan Fakulti, Ketua Pusat dan pelbagai jawatan lain sepanjang tempoh perkhidmatan dengan UiTM.

Beliau juga merupakan seorang penulis dan penyelidik yang sangat prolifik. Artikel-artikel beliau sudah melebihi 500 termasuklah yang telah disiarkan dalam pelbagai media-massa dan jurnal-jurnal akademik. Beliau telah menulis lebih 10 buku akademik dan buku umum. Di antaranya, Value-Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Disclosure in Malaysia.

Artikel-artikel penyelidikan beliau telah disiarkan melalui Malaysian Accounting Review, Journal of Financial Reporting and Accounting, International Journal of Business and Economics, Journal of Intellectual Capital dan Corporate Governance: The International Journal of Business in Society.

Bagaimanapun, Prof Dr Muhd Kamil lebih dikenali melalui buku umum beliau, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang sudah terjual melebihi 40 000 naskah di pasaran terbuka. Ia merupakan salah satu buku terlaris di Malaysia. Hasilnya, beliau telah muncul di RTM1, TV3, ASTRO, TV9 dan Radio IKIM sebagai penceramah atau tetamu.

Beliau juga telah diundang untuk berceramah di beratus-ratus masjid, surau dan organisasi di seluruh Malaysia dan Luar Negara. Beliau juga menulis buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku terbaru beliau, Travelog Haji: 55 Tips Motivasi di dalam proses penerbitan.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories