Ahad, Ogos 07, 2011

Lawatan sambil belajar AJK Masjid Asy-Syakirin Puchong Utama ke Masjid As-Salam

Tuan Nazir Masjid As-Salam bergambar bersama AJK Masjid Asy-Syakirin Taman Puchong Utama


Puchong, Julai 2011; Satu kunjungan lawatan sambil belajar ke Masjid As-Salam Puchong Perdana telah dibuat oleh AJK Masjid Asy-Syakirin Taman Puchong Utama pada 14 Julai 2011. Mengetuai rombongan ini ialah Tn Hj Azzal bin Abu Talib, Nazir Masjid Asy-Syakirin. Tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk mempelajari urusan pentadbiran dan pengurusan Masjid As-Salam untuk dijadikan model dan contoh pengurusan.

Dalam perkongsian pengalaman mengurus masjid Tuan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah membuat pembentangan khas berhubung pengurusan dan pentadbiran Masjid As-Salam.
 
 Sessi soal-jawab dan perkongsian pengalaman

 Para tetamu sedang tekun mendengar penjelasan dan taklimat daripada Tuan Nazir Masjid As-Salam.

Tn Hj Azzal b. Abu Talib (kiri) menyampaikan cendera hati kepada Nazir Masjid As-Salam


Jamuan ringan disediakan untuk para tetamu

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories