Selasa, Ogos 16, 2011

Catitan Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim selepas menyampai tazkirah di Masjid As-Salam Puchong Perdana


Dewan solat penuh. Mereka mahu solat terawih tetapi terpaksa mendengar tazkirah saya. Mudah-mudahan ia memberi manfaat.

 Idea asal, kami bercuti seminggu, tinggal di Kondo Kemuncak, solat terawih di Masjid Negeri, menulis dan pastikan beberapa urusan perpindahan dapat diselesaikan.


Kita merancang, Allah menentukannya.

Akhirnya, jadual saya penuh sehinggalah hari terakhir mahu meninggalkan Terengganu. Kakak saya berkata, “Mil, penuhilah harapan orang Besut”. Beliau bercerita bagaimana seorang pengetua berkata, “ikutlah masa mana, asalkan dia mahu datang ke sekolah kita”.

Maka siapalah saya untuk menolak permintaan tersebut hanya berdasarkan mahu “berehat-rehat” sebelum meninggalkan Malaysia. Niat untuk “berehat-rehat” di Besut tidak diizin Allah. Dia mahu saya melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Ajaib, bila Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana menulis SMS, “……. para jemaah tersangat rindu untuk menemui prof, diharap prof tidak menghampakan permintaan ini,” saya terus mahu menjawab, “mohon maaf, saya dalam kesibukan yang amat sangat”.

Namun yang tertulis di SMS, “saya hanya free pada 15 atau 16hb. Pilihlah di antaranya”.

Subhanallah, itulah aturan Allah SWT. Ramai orang berkata, “rezeki yang hampir ke mulut pun boleh tumpah ke lantai jika Allah tidak izinkan” dan sebaliknya, ”kalau Allah izinkan, yang sukar menjadi tersangat mudah”.

Dalam konteks yang berbeza, saya bercadang untuk bersara lebih awal. Saya berkira-kira mulai 1hb Ogos. Namun bila jari jemari menaip surat permohonan bersara awal, saya menulis agar ia bermula pada 31hb Ogos 2011.


Berapakah nilai perbezaan tarikh tersebut? RM20000. Kenapa? Kerajaan menetapkan mereka yang layak menerima bonus hari raya sektor awam ialah bagi mereka yang bekerja sehingga 7h Ogos 2011.

Itulah rezeki yang dianugerah Allah. Ia bukan soal mujur atau nasib baik. Saya membuat perancangan tetapi Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Catitan oleh:
Prof. Dr. Hj Muhd Kamil b. Ibrahim

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories