Khamis, Ogos 25, 2011

Majlis Penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim berjalan dengan penuh meriah

En Ahmad Tarmizi Hairiri               Tn Hj Yasim Mohamed

 Majlis Penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dan asnaf zakat kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diadakan di Perkarangan Masjid As-Salam Puchong Perdana pada hari Sabtu 13hb Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432 Hijrah.

Khamis, Ogos 18, 2011

Sheikh Maher Hasan al Munajjed di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 21 Ogos 2011

Sheikh Maher Al Munajjed



Keinsafan Ramadhan Bersama Huffaz Palestin: Mereka dikuasai al-Quran!


Ramadhan terus membawa nikmat dan rahmat yang tidak terhitung. Setiap orang beriman samada kanak-kanak mahupun dewasa, lelaki atau wanita, berlumba-lumba meraih kebaikan dan keampunan Allah. Mereka amat yakin bahawa walaupun setiap amal yang diusahakan itu mungkin tidak begitu kelihatan manfaatnya di dunia ini, Allah akan tetap memberi ganjaran berganda-ganda di akhirat kelak

Selasa, Ogos 16, 2011

Catitan Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim selepas menyampai tazkirah di Masjid As-Salam Puchong Perdana


Dewan solat penuh. Mereka mahu solat terawih tetapi terpaksa mendengar tazkirah saya. Mudah-mudahan ia memberi manfaat.

 Idea asal, kami bercuti seminggu, tinggal di Kondo Kemuncak, solat terawih di Masjid Negeri, menulis dan pastikan beberapa urusan perpindahan dapat diselesaikan.


Kita merancang, Allah menentukannya.

Akhirnya, jadual saya penuh sehinggalah hari terakhir mahu meninggalkan Terengganu. Kakak saya berkata, “Mil, penuhilah harapan orang Besut”. Beliau bercerita bagaimana seorang pengetua berkata, “ikutlah masa mana, asalkan dia mahu datang ke sekolah kita”.

Maka siapalah saya untuk menolak permintaan tersebut hanya berdasarkan mahu “berehat-rehat” sebelum meninggalkan Malaysia. Niat untuk “berehat-rehat” di Besut tidak diizin Allah. Dia mahu saya melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Ajaib, bila Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana menulis SMS, “……. para jemaah tersangat rindu untuk menemui prof, diharap prof tidak menghampakan permintaan ini,” saya terus mahu menjawab, “mohon maaf, saya dalam kesibukan yang amat sangat”.

Ahad, Ogos 14, 2011

Suasana Mesyuarat Agong Tahunan ke-2, Julai 2011


Tuan Nazir sedang memberi ucapan alu-aluan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-2  Julai lalu


Tazkirah Khas Ramadhan bersama Prof. Dr Muhd Kamil b. Ibrahim


Tajuk: Meniti Hari Esok

Penceramah: Prof Dr. Muhd Kamil b. Ibrahim

Tarikh: 15 Ogos 2011  (Isnin)

Masa:  Selepas Solat Isyak

Tempat: Masjid As-Salam Puchong Perdana





Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim, merupakan profesor perakaunan yang sudah berkhidmat lebih daripada 22 tahun di UiTM. Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom.

Ahad, Ogos 07, 2011

Lawatan sambil belajar AJK Masjid Asy-Syakirin Puchong Utama ke Masjid As-Salam

Tuan Nazir Masjid As-Salam bergambar bersama AJK Masjid Asy-Syakirin Taman Puchong Utama


Puchong, Julai 2011; Satu kunjungan lawatan sambil belajar ke Masjid As-Salam Puchong Perdana telah dibuat oleh AJK Masjid Asy-Syakirin Taman Puchong Utama pada 14 Julai 2011. Mengetuai rombongan ini ialah Tn Hj Azzal bin Abu Talib, Nazir Masjid Asy-Syakirin. Tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk mempelajari urusan pentadbiran dan pengurusan Masjid As-Salam untuk dijadikan model dan contoh pengurusan.

Huffaz Palestin meriahkan tarawih Ramadhan di Masjid As-Salam


 Puchong, 7 Ogos; Ramadhan tahun ini bakal memberi pengalaman baru kepada masyarakat Malaysia khususnya di Puchong apabila seramai 10 orang huffaz al-Quran dari kem-kem pelarian Palestin akan bersama-sama memeriahkan solat tarawih di tempat-tempat terpilih sepanjang Ramadhan.

Masjid As-Salam Puchong Perdana adalah diantara masjid yang terpilih didalam Program Keinsafan Ramadhan bersama Huffaz Palestin. Huffaz Palestin yang akan mengimami solat tarawikh pada 8/8/2011 di Masjid As-Salam ialah Imam Mohd Amer Bayazid, seorang hafiz al-Quran daripada Palestin.

Jumaat, Ogos 05, 2011

Suasana pengagihan bubur lambuk, berbuka puasa dan solat tarawikh di Masjid As-Salam

Petugas sedang mengedar bubur lambuk kepada orang ramai

Jemaah sedang mendengar pengumuman yang di buat oleh Tuan Nazir sebelum solat Tarawikh bermula


Rabu, Ogos 03, 2011

MB rasmi Konvensyen Pengurusan Masjid Negeri Selangor 2011




Shah Alam, 23 July 2011; Kira-kira 2,000 pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan surau seluruh Selangor menghadiri Konvensyen Pengurusan Masjid yang diadakan di Dewan Solat, Masjid Negeri Shah Alam.

Konvensyen ini dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.
Grab this Widget ~ Blogger Accessories