Selasa, Julai 05, 2011

Pusat Sumber Masjid As-Salam (PUSMA) mula beroperasi

Pengenalan
Penubuhan Pusat Sumber Masjid As-Salam (PUSMA) adalah untuk menyediakan bahan-bahan rujukan pembelajaran dan bahan bacaan tambahan kepada seluruh kariah Masjid As-Salam, orang awam, dan kakitangan MASJID AS-SALAM (MAS). Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran MAS dengan kerjasama Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) bertindak membantu Biro Keceriaan MAS di dalam operasi PUSMA.

Visi

Menjadikan PUSMA sebagai sebuah gedung ilmu yang lengkap dengan segala maklumat terkini ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Seterusnya menjadi pemangkin menjadikan MASJID AS-SALAM sebagai Pusat Pengembangan Budaya Toleransi serta Pusat Pengembangan Budaya Perdamaian.

Misi

• Menggalakkan penggunaan PUSMA oleh masyarakat pelbagai kaum di Kawasan Puchong ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi individu dan sahsiah.

• Memupuk tabiat belajar kendiri, membaca dan menyelidik melalui inkuiri penemuan serta penggunaan pelbagai maklumat secara sistematik.

 Objektif

 Berusaha menjadikan PUSMA sebagai pusat rujukan maklumat pelbagai kaum di Puchong Perdana khususnya dan kawasan sekitarnya.




Keadaan suasana dalam Pusat Sumber

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories