Rabu, Julai 27, 2011

Pengajaran daripada Peristiwa Isra' dan Mikraj


Pada tanggal 16 Jul 2011(Sabtu) bersamaan 14 Sya’ban 1432H, AJK Sementara Surau As-Solihin Desa Idaman dengan kerjasama seluruh anak kariahnya, telah menganjurkan Majlis Sambutan Isra’ Mikraj Tahun 1432H.

Majlis yang bermula dengan Solat Maghrib berjemaah bertempat di Surau As-Solihin Desa Idaman kemudiannya diikuti dengan Program Ceramah Perdana di Dewan Club House Desa Idaman oleh yang berbahagia Tuan Hj Yasim Bin Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana. Tajuk ceramah beliau pada malam itu ialah “Pengajaran Daripada Peristiwa Isra’ Mikraj”.



Setelah berlangsungnya ceramah yang telah disampaikan dengan penuh bersemangat oleh Tuan Nazir, program diteruskan dengan Solat Isya’ berjemaah dan diakhiri dengan jamuan ringan.


Program pada malam itu juga telah disertai oleh kedatangan kira-kira 15 orang anak2 yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Kg Sri Aman, Puchong. Kedatangan anak2 tersebut seawal kira2 jam 6:45 petang telah disambut oleh AJK surau dengan iringan pack makanan segera KFC setiap seorang hasil sumbangan ahli kariah Surau As-Solihin.



Akhir kata, bagi pihak AJK Sementara Surau As-Solihin Desa Idaman, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak, dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan dengan berlangsungnya program ini, akan dapat memberi manfaat kepada semua penghuni di Desa Idaman ini, Insya-Allah. Wallahu’alam…Alhamdulillah

Laporan oleh;
Sarul Hisyam b. Samanan
Pengerusi
Surau As-Solihin Desa Idaman

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories