Rabu, Julai 06, 2011

Ceramah Israk Mikraj di Surau Al-Kautsar Pangsa Perdana


Surau Al- Kauthar Pangsa Perdana dengan kerjasama Biro Dakwah Masjid As Salam telah mengadakan Ceramah Israk Mikraj pada 3 Julai 2011.




Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hj Isa Bin Hashim. Seramai hampir 80 orang ahli kariah telah bersama-sama mendengar ceramah yang berkisar mengenai peristiwa Israk Mikraj serta pengajaran yang terkandung dalam peristiwan Israk Mikraj.




Majlis turut dihadiri olih Pengerusi Biro Dakwah Masjid As Salam Puchong Perdana iaitu Tn. Hj. Ahmad B. Hassan. Pengerusi Surau Al-Kauthar, Ustaz Hj Abdul Wahid bin Baharon mengucapakan terima kasih pada Biro Dakwah Masjid As Salam atas inisiatif dan kerjasama yang telah diberi Tn. Hj. Ahmad B. Hassan sehingga berjaya mengadakan Ceramah Perdana Israk Mikraj


Beliau juga memberitahu bahawa pembinaan tembok di sekeliling Surau Al-Kauthar akan mula dibina secara gotong royong pada minggu hadapan dan setakat ini dana yang terkumpul adalah sebanyak RM 2000 hasil sumbangan anak-anak kariah Surau Al-Kauthar dan masih memerlukan sumbangan bagi melengkapan keseluruhan tembok di sekeliling Surau Al-Kauthar

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories