Jumaat, Jun 03, 2011

Pusat Tuisyen matematik di Masjid As-Salam menarik minat pelajar

 Telah sedia maklum bahawa subjek matematik adalah satu subjek yang mana kebanyakan anak-anak Melayu Islam kita amat lemah. Selain dari faktor sosio-ekonomi, terdapat juga faktor-faktor lain seperti pendekatan pengajaran yang terlalu fokus kepada bentuk latih-tubi(rote-learning). Tdak dinafikan pendekatan latih-tubi juga adalah satu cara untuk anak-anak kita mendapat ilmu matematik.

Namun demikian melatih-tubi semata-mata dalam pengajaran matematik akan menghasilkan pelajar yang tidak mampu memahami matematik secara mendalam dan juga kaedah ini tidak dapat menghasilkan generasi pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Silibus yang terlalu padat mungkin salah satu faktor utama kenapa pendekatan ini digunakan di sekolah, walaupun faktor pendedahan guru dalam pendekatan berasaskan problem solving juga banyak mempengaruhi pendekatan pembelajaran dan pengajaran matematik di sekolah .


Sebagai pendidik matematik yang diamanahkan oleh pihak Pengurusan Masjid As Salam untuk memberi bimbingan yang berkualiti, saya hanya berminat untuk melihat bagaimana masalah pelajar-pelajar yang datang ke sini mendapat manfaat yang banyak dari pendekatan pengajaran yang diamalkan di sini.



Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Masjid As Salam
Pendekatan pengajaran yang diamalkan di sni adalah dikenali sebagai Problem Solving. Problem solving adalah satu pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang memberi fokus untuk menerapkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di mana kedua-dua kemahiran ini membentuk komponen penting dalam pemikiran matematik.

Selama lebih kurang 33 tahun penglibatan saya dalam pendidikan matematik (termasuk dalam aktiviti penyelidikan) dari peringkat persekolahan hinggalah ke peringkat universiti, saya mendapati bahawa kelemahan pelajar dalam matematik berkait rapat dengn cara matematik itu disampaikan dan bukannya kelemahan mental pelajar.
Oleh itu pengajaran yang dilakukan di sini berbeza dari bimbingan matematik yang dilakukan di pusat-pusat tuisyen yang lain. Berikut ialah beberapa perkara yang membezakan program matematik di Masjid As Salam dengan pusat-pusat tuisyen lain .

 Pengajaran di sini tidak hanya tertumpu kepada melatih pelajar prosedur matematik atau tertumpu hanya kepada mendapat jawapan. Sebaliknya pengajaran di sini melatih pelajar untuk membuat analisa tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Analisis(Analysis) adalah satu bentuk kemahiran berfikir dalam pemikiran kritis dan perlu diajar kepada pelajar.
 Pelajar diberi peluang untuk memahami sesuatu kemahiran berfikir dan kandungan matematik yang disampaikan
 Memberi peluang pelajar-pelajar berbincang di dalam kumpulan masing-masing
  Membantu mana-mana pelajar dalam mana-mana kumpulan yang gagal memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah selepas mereka diberi peluang berbincang sesama sendiri
Pelajar-pelajar di ajar untuk berkomunikasi secara matematik kepada rakan-rakan dalam semua kumpulan. Latihan begini akan menghasilkan pelajar untuk berkeyakinan tentang ilmu matematik yang mereka perolehi dan faham.





 Pelajar-pelajar diajar untuk berkomunikasi secara matematik kepada rakan-rakan dalam semua kumpulan. Latihan begini akan menghasilkan pelajar untuk berkeyakinan tentang ilmu matematik yang mereka perolehi dan fahami.



APA KATA PELAJAR TENTANG PROGRAM DI MASJID AS-SALAM
1) Tuisyen Add Maths di sini memang best. Selepas mengikuti kelas-kelas di sini sejak 4 bulan yang lalu, saya sudah nampak peningkatan dalam peperiksaan baru-baru ini khususnya di bahagian kertas 1. Sebelumnya semasa di tingkatan 4, saya sangat lemah - pelajar tingkatan 5

2) Tusyen Add Maths di Masjid As-Salam banyak membantu saya meningkatkan tahap pemahaman matematik yang diajar di sekolah. Tuisyen ini menarik dan amat murah. Tempat belajar yang berhawa dingin dan selesa. Guru yang mengajar amat berpengalaman dan berpengetahuan tinggi serta pandai berinteraksi dengan pelajar - pelajar tingkatan 4
3) Saya seronok belajar di sini sebab cara guru mengajar di sini lebih difahami daripada cara guru mengajar di sekolah. Selain dari mengajar tajuk-tajuk Add Maths, beliau juga mengajar kami cara berfikir untuk menyelesaikan masalah. Saya sepatutnya mengikuti kelas ini sejak dari tingkatan 4 lagi - pelajar tingkatan 5

4) Saya seronok belajar di sini kerana dapat mengetahui cara-cara berfikir dalam matematik. Saya pernah menghadiri pusat-pusat tusyen lain sebelumnya, namun cara pengajaran tidak sama seperti di Masjid As-Salam ini. - pelajar tingkatan 3

5) Semenjak saya belajar di sini saya lebih faham bagaimana cara menjawab soalan-soalan berbentuk ayat dan saya yakin dan seronok membuat latihan matematik. - pelajar tahun 6
Laporan oleh:
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories