Isnin, Mei 09, 2011

Kombinasi Ulama - Professional membawa kejayaan






  • Setelah Allah haramkan babi, para sahabat dan generasi ketika itu terus meninggalkan dari memakan babi. Ketika itu, seorang pun tidak mengetahui rahsia pengharaman babi.















Namun begitu, zaman telah melahirkan perkembangan, maka di dunia yang fana ini mula terkenal dengan beberapa ilmu. Sains, medic, astronomi, jurutera dan banyak lagi, menyebabkan rahsia pengharaman babi itu semakin terserlah. Kombinasi antara ilmu al-Quran dan sains, menyebabkan keyakinan kita terhadap Islam semakin padu.
















Mengenangkan keadaan ini, kita akan yakin bahawa kombinasi ilmu perlu dilakukan. Ulama Islam tidak perlu mendabik dada menyatakan mereka yang terbaik. Sebaliknya, mereka perlu terpaksa akui bahawa ada ilmuan yang bukan ulama perlu bergabung tenaga dengan mereka untuk mencapai yang terbaik.
















Kita mahu mencapai yang terbaik ini, bukan untuk diri kita, tetapi untuk Islam. Jika kita mahu mendabik dada bahawa ulama tidak perlu kepada ilmuan lain, seterusnya memberi implikasi kekalahan kepada Islam, maka ini merupakan satu perkara yang wajar diinsafi.
















Sekian



Wallahu 'Alam.

Dicatat oleh Al-Bakistani di 12:08 AM

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories