Isnin, Mei 30, 2011

Kelas Bimbingan Agama Asas Muallaf banyak membantu saudara baru


Ust Muhammad sedang mengendalikan kelas untuk saudara baru

Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakankan Kelas Bimbingan Agama Asas untuk saudara-saudara baru sejak Februari 2011 yang lalu.



Kelas Bimbingan Agama asas ini telah dikendalikan oleh Ust Muhammad b. Busu, Pegawai Agama daripada Badan Dakwah Daerah Petaling. Kelas yang diadakan setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula 7:30mlm ~ 10:00mlm ini diadakan di Bilik Pusat Sumber Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Setakat ini seramai 12 orang peserta (Muallaf/ saudara baru) telah mengikuti kelas Bimbingan Agama ini. Peserta-peserta ini terdiri daripada lelaki (dewasa) - 5 orang, perempuan (dewasa) - 4 orang, kanak-kanak lelaki - 2 orang, kanak-kanak perempuan - 1 orang. Dari segi pecahan kaum adalah seperti berikut; India - 6 orang, Sarawak - 3 orang, Sabah - 1 orang, Cina - 1 orang, Filipina - 1 orang.


Kelas Bimbingan Agama ini merangkumi aspek-aspek syahadah, fatihah, tahiyyat, makhrajul huruf, rukun imam, rukul islam dan akhlak islamiah.




Laporan oleh:
Ust Muhammad b Busu
Pegawai Agama
Badan Dakwah Daerah Petaling

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories