Rabu, Mei 25, 2011

Kejohanan Ping Pong & Karom As-Salam 2011 berlangsung meriah





Alhamdulillah, pada 22 Mei 2011 yang lalu, kejohanan di atas telah berjaya dilaksanakan. Kejohanan ini merupakan satu kesinambungan dari kejayaan penganjuran kejohanan yang sama pada tahun 2010.


















Para peserta telah diberi peluang lebih kurang sembilan hari untuk mendaftarkan diri masing-masing. Bagi tahun 2011, pihak penganjur telah bersetuju untuk menganjurkan secara terbuka di mana para peserta di luar kariah Masjid As Salam diberi peluang untuk mengambil bahagian. Ternyata program tahun ini telah mendapat sambutan di luar dugaan di mana, secara keseluruhannya, seramai 131 orang peserta telah mendaftarkan diri.


















Program ini telah dianjurkan oleh Biro Belia & Rekreasi Masjid As Salam. Selain dari memenuhi tuntutan menganjurkan aktiviti yang sesuai dengan biro, program ini juga terus menjadi medan untuk mempromosi As Salam menjadi destinasi pilihan yang pelbagai samada di sudut pengisian majlis ilmunya mahupun aktiviti riadah yang ceria dan berkualiti.





















Kemeriahan program ini mula dirasai pada dua hari terakhir sebelum tempoh pendaftaran ditutup. Dalam tempoh dua hari terakhir tersebut, pendaftaran peserta telah datang mencurah-curah dan membuatkan urusetia tidak menang tangan untuk melayani pelbagai pertanyaan serta menerima pendaftaran.














































Suasana mula menjadi gamat sekitar jam 8.30 pagi di mana para peserta sibuk memeriksa jadual pertandingan masing-masing. Biarpun bermula agak lewat kira-kira 15 minit, namun keseluruhan perlawanan yang di atur telah mengikut jangkaan jadual asal dengan kesemua perlawanan utama (hingga peringkat separuh akhir bagi pingpong dan peringkat akhir bagi karom) diselesaikan menjelang jam 6.30 petang.





















































Pada sebelah malam, selepas solat Isya’ debaran perlawanan akhir pingpong perseorangan dan beregu telah dilaksanakan. Majlis penuh bererti khususnya bagi para pemain berbakat ini berakhir dengan penyampaian cabutan bertuah dan hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Bendahari dan Setiausaha Masjid As Salam.






















InsyaAllah, kami berharap agar skuad pingpong As Salam akan dapat ditubuh dan digerakkan pada tahun ini. Sekiranya diizinkan Allah, kami berhasrat untuk menganjurkan kejohanan peringkat masjid seluruh Daerah Petaling menjelang akhir 2011.























Laporan oleh:











ROSLAN HANAPIAH





Pengerusi Biro Belia & Rekreasi





Masjid As Salam Puchong Perdana

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories