Ahad, Mei 08, 2011

Biro Dakwah anjur Kuliah Maghrib Perdana di Surau Raayah Puchong Permai












    Tarikh : 1 hb May 2011 ( Ahad )
    Masa : 8.00 malam ( Lepas maghrib )
    Tempat : Surau Raayah Puchong Permai
    Tajuk : PERISTIWA SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMAD ( SAW)
    Penceramah : Ustaz Redhuan Mohd Nor.



    Program ceramah ini telah dipengerusikan oleh jawatankuasa Surau Raayah dengan ummul Quran selepas solat maghrib bersama.Kehadiran jemaah surau Raayah sekitar 120 orang yang mendengar kuliah ini.



    Penceramah : Ustaz Redhuan menyampaikan ceramahnya berkisarkan peristiwa yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah dengan Abu Bakr, Omar dan Osman sibuk mencari dan melantik pengganti kalifah setelah kewafatan Nabi. Sedang ketika itu Ali sibuk dalam menguruskan jenazah Nabi.

    Dalam keadaan genting disaat kewafatan Nabi, apa pun pengganti kerajaan baru mesti dilantik dalam kesinambungan mengurus ummah dan agama Allah terus terbela. Ia penting untuk memantapkan kerajaan islam dan juga disaat menghadapi musuh Allah dari kalangan munafik , kafir dan yahudi. Beliau menyingkap bagaimana peristiwa perang Khaybar dan peranan yahudi menyerang islam dan percubaan membunuh dengan meracun Nabi.

    Daging kibas itu bercakap dengan memberitahu Nabi bahawa ia telah dibubuh racun.
    Antara punca kematian Nabi juga adalah kesan racun yahudi itu. Kita jangan lupa, nabi nabi terdahulu juga telah dibunuh oleh angkara kejahatan yahudi.



    Ustaz Redhuan juga mengingatkan angkara yahudi ini berlarutan sehingga kini dengan berbagai serangan terhadap umat islam. Antaranya serangan pemikiran seperti idealogi Kebendaan, fahaman kapitalis, sosialis, nationalis dan berbagai lagi . Tidak cukup lagi ia menyerang ummah dengan berbagai hiburan dan pergaulan bebas yang meruntuhkan akhlak masyarakat umat islam kini. Akhirnya masyarakat islam menjadi rosak dengan berbagai gejala dan hingga menyembah mereka.

    Kuliah berakhir jam 9.00 malam dengan tasbih kifarh.

    Laporan oleh: Hj Suhaimi Alias, Biro Dakwah Masjid As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories