Sabtu, Mei 28, 2011

Antara masjid dan surau, mana pilihan anda?










Nazir Masjid As-Salam berucap berapi-rapi pada para hadirin
yang hadir untuk mesyuarat agong Surau An-Nur Puchong Intan. (No 3 dari kanan)
































Bila sebut bab masjid atau surau, soalan pertama yang timbul adalah, adakah anda solat sendiri-sendiri atau anda solat berjemaah? Jika anda solat berjemaah, barulah persoalan Masjid atau Surau menjadi relevan. Soalan seterusnya adalah, adakah anda solat berjemaah di masjid atau di surau? Mana satu pilihan anda.






























Barisan ajk surau membentangkan aktiviti









Berbagai pendapat tentang mana satu lebih baik samada berjemaah di masjid atau di surau. banyak pendapat yang menyatakan solat berjemaah di masjid adalah lebih afdal, malah ada juga ulama yang berfikiran bahwa kewujudan surau sebenarnya membuatkan masjid kurang meriah.





















Kumpulan muslimat yang mempersoalkan kenapa mereka
tidak dapat menganjurkan aktiviti mereka sendiri secara
terpisah daripada ajk muslimat yang baru, sedangkan mereka
telah lama menagadakan aktiviti tersebut sejak mereka
menerajui ajk muslimat dulu. Mereka perlu akur dan
meghormati ajk baru yang dilantik, ikutlah program
yang diatur ajk baru











Sekitar kariah Puchong Perdana, dimana Masjid As-Salam adalah masjid utamanya, terdapat sebanyak 17 buah surau sekelilingnya. Bayangkan jika setiap kali solat fardu terutamanya waktu magrib dan isya, jika semua ahli surau ke masjid maka akan bertambahlah jumlah makmum sebanyak 170 orang, dengan anggapan setiap surau ada seramai 10 orang jemaah yang tetap.





















Pengerusi surau nasihat pada semua agar jangan sombong
dan ingat hanya kita saja yang hebat daripada orang lain.
(No 2 dari kiri)









Jumlah tersebut bukannya sedikit. Mereka merupakan sumber penting bagi mengimarahkan masjid di mana-mana dan merupakan tenaga kerja yang penting untuk menjalankan aktiviti masjid.










Malangnya kita tak boleh menghalang orang berjemaah di surau. Salah satu sebab kenapa orang ke surau adalah kerana surau lebih dekat dari masjid.










Satu lagi sebab kenapa ada kumpulan yang lebih suka ke surau berbanding masjid adalah kerana mereka bebas menganjurkan aktiviti ikut selera mereka dan tidak perlu mengikuti atau taat pada selera pengurusan masjid.





















Mesyuarat mesti ada makan.























Jika alasan ini menjadi pilihan, bermakna ia menyemai bibit-bibit perpecahan dikalangan masyarakat muslim di khariah tersebut, ia bakal menjadi kanser yang merosakkan kesatuan dan juga aktiviti dakwah.


















Semalam satu mesyuarat agong surau annur di Puchong Intan telah diadakan dan ia di rasmikan oleh Nazir masjid As-Salam. Masjid As-Salam telah bersikap proaktif bagi mengelakkan perpecahan serta amalan sendiri-sendiri berlaku di seluruh kawasan jajahan takluknya.
























Dengan matlamat untuk merealisasikan masjid serta surau sebagai agen transformasi masyarakat, maka format pengurusan surau juga telah dirangka agar ia selari dengan format pengurusan masjid.



































Panas menjadi sejuk apabila menjamu selera dan berborak. Macam ni la!!!


























Hubungan melalui aktiviti pemantauan tersebut secara tidak lansuing mengujudkan hubungan serta kerjasama seluruh khariah Masjid As-Salam walaupun terdapat 18 pusat solat berjemaah di adakah di sana.






























Syabas diucapkan kepada Nazir Masjid As-Salam, Tuan haji Yasim yang mempelopori usaha penyatuan serta kerjasama sealiran antara masjid dan keseluruhan surau di sekelilingnya. Moga usaha ini akan berjaya menukarkan masyarakat Puchong Perdana menjadi masyarakat idaman dan di cemburui oleh masyarakat lain.









Posted by Mohd Shubhi on Monday, April 4, 2011

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories