Rabu, April 06, 2011

Pendekatan Dakwah melalui Program Bicara As-Salam menarik minat ramai




Puchong, 2 hb April 2011, Program Bicara As-Salam siri 2 bertajuk Keluarga 69 anjuran Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan kerjasama Surau Al-Ehsan Flat 10 Tingkat Taman Puchong Permai telah mendapat sambutan yang penuh meriah daripada penduduk setempat. Dianggarkan seramai 3000 orang penduduk daripada taman-taman perumahan yang berhampiran telah hadir di program ini.












  • Program Bicara As-Salam siri 2 ini menampilkan Ustaz Badli Shah Alaudin daripada Jabatan Agama Islam Pahang dan Ustaz Abdul Halim b. Din Pegawai di Lembaga Zakat Selangor, manakala moderatornya pula ialah Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.

















































Program Bicara As-Salam Siri 2 kali ini memfokuskan perbincangan mengenai Kelurga Muslim masa kini, realiti, cabaran dan harapan.







































Dengan penuh bersemangat Nazir Masjid As-Salam merayu kepada semua ibubapa untuk bersama-sama membangun keluarga masing-masing ke arah Keluarga Muslim yang lebih cemerlang dunia dan akhirat





















Ustaz Badli Shah Alaudin dalam penjelasan berhubung pembentukan anak-anak menjadi insan cemerlang berkehendakkan ibu bapa hendaklah juga terdiri daripada manusia yang cemerlang. Bagaimana mungkin ibubapa yang derhaka, rumahtangga yang porak peranda, dapat membentuk keluarga yang sejahtera. Pendidikan dan asuhan yang diberikan oleh ibu bapa adalah asas untuk anak-anak bertapak apabila mereka dewasa kelak.





























Kanak-kanak dan remaja turut serta didalam Program Bicara As-Salam kali ini.





















Ibubapa adalah cermin yang mudah dijadikan tontonan oleh anak-anaknya. Oleh itu dalam mendidik anak-anak supaya beriman kepada Allah dan berakhlak mulia, ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu memiliki sifat yang mulia ini. Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak begitu jugalah sebaliknya.































Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed diiring oleh AJK Surau Al-Ehsan untuk ke tapak Program


















Tuan Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed selaku moderator Program telah mangambil kesempatan menerangkan tentang objektif yang disasarkan kepada program ini antaranya ialah;
























1. Kepelbagaian kaedah pencarian ilmu






2. Agenda Gerakan Dakwah yang dipelopori oleh Masjid As-Salam Puchong Perdana






3. Majlis Ilmu ala bersantai (lepak-lepak dipadang)






4. Mewujudkan networking dan kerjasama antara Masjid dan Surau






5. Innovasi baru dalam methodology Pendidikan






6. Usaha ke arah amar maaruf dan nahi mungkar













































Tuan Nazir bergambar bersama-sama dengan petugas daripada Surau Al-Ehsan




















Doa pembukaan majlis dibaca oleh Imam Bashir daripada Surau Al-Ehsan Puchong Permai









AJK Surau Al-Ehsan dan petugas-petugas bergambar dengan tetamu ahli panel












Persembahan Dikir Barat daripada Kumpulan Dikir Barat Suara Perindu (Kelantan) menyerikan lagi Program Bicara As-Salam ini.






Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories