Sabtu, Mac 05, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Surau As-Solihin Desa Idaman Puchong Prima

Tuan Nazir sedang menyampaikan ceramah

Pada tanggal 20 Feb 2011(Ahad) bersamaan 18 R.Awal 1432H, AJK Sementara Surau As-Solihin Desa Idaman Puchong Prima dengan kerjasama seluruh penduduk Muslimnya, telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1432H.

Sebahagian daripada jemaah yang hadir
Majlis yang bermula dengan Solat Maghrib berjemaah bertempat di Surau As-Solihin Desa Idaman telah dibimbing oleh Tuan Imam Muda Ustaz Atiq dan diikuti Program Ceramah Perdana di Dewan Club House Desa Idaman oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Yasim Bin Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.

En Sarul Hisham (kiri) Pengerusi Surau As-Solihin sedang mempengerusikan majlis


Tn Nazir menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat


Tajuk ceramah beliau pada malam itu ialah “Rasulullah S.A.W Ikutan Sepanjang Zaman”. Setelah berlangsungnya ceramah yang telah disampaikan dengan begitu bersemangat oleh Tuan Nazir, program diteruskan dengan Solat Isya’ berjemaah dan disudahi dengan jamuan ringan.


Anak-anak yatim Baitul Ulfah Puchong Prima

Program pada malam itu juga telah diwarnai oleh kedatangan kira-kira 30 orang anak2 yatim dari Pusat Kebajikan, Pengajian & Bimbingan Baitul Ulfah Puchong Prima. Para hadirin pada malam itu begitu bertuah kerana telah disajikan dengan persembahan nasyid oleh anak2 tersebut.


Jawatan kuasa Surau As-Solihin Desa Idaman Puchong Prima


Akhir kata, bagi pihak AJK Sementara Surau As-Solihin Desa Idaman, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program yang julung2 kalinya diadakan dikediaman kita ini. Marhaban ya Rasulullah…Subhanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar…






Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories