Khamis, Mac 03, 2011

Laporan Kursus Asas Haji Siri 1


Tuan Nazir Masjid As-Salam sedang menyampaikan ucapan

Pendaftaran dibuka pada jam 8.00 pagi

Majlis bermula dengan ucapan Pengerusi Majlis selaku Pengarah Kursus Asas haji Bersiri 2011/1432H. Mengucapkan aluan diatas kehadiran semua yang hadir.

Beliau memperkenalkan Jawatankuasa penyelaras untuk kursus haji pada tahun ini iaitu:

PENGARAH PENTADBIRAN HAJI, TABUNG HAJI KELANA JAYA:
TUAN HJ. ABDUL MALEK B. HASSSAN


PENYELARAS KURSUS HAJI DI MASJID AS-SALAM
HJH. ZURIATI


PEMBIMBING KURSUS ASAS HAJI BERSIRI 2011/1432H
USTAZ HJ. MD YASIR B. MOHD SALLEH


PENGARAH : HJ ABD RASHID MD SAMAN

SETIAUSAHA : PN. NOR ZARINA MOHD AZHAR

BENDAHARI : HJ AZMI ABD GHANI

AJK : PN. NOOR HANIM BT ISMAIL

HJ HAMDAN MOHD JALI

HJ MEOR HASSAN ASAARI

EN. SYAMSOL MAARIF




Sebahagian daripada peserta Kursus Asas Haji Bersiri

Diikuti ucapan Nazir Masjid As-Salam - Tn. Hj. Yasim b. Mohamed
Petikan ucapan:


Perlu ada 3 kekuatan utama dan penting untuk pergi memunaikan haji iaitu, kekuatan fizikal, kekuatan rohani dan kekuatan ilmu.


Semua amalan ibadat yang kita lakukan di bumi sini adalah nilaiannya tidak sama dengan apa yang kita lakukan disana.


Mengharapkan semoga kursus ini menjadi tempat permulaan kita menyiapkan diri untuk menjadi tetamu Allah yang mendapat haji mamrur.

Peserta sedang mendaftar diri

Diikuti ucapan Pengarah Pentadbiran Haji, Tabung Haji Kelana Jaya – Tn. Hj. Abdul Malek b. Hassan

Petikan ucapan:

Untuk pergi haji pada zaman sekarang ini adalah susah berbanding dulu. Kesusahan adalah pada 2 faktor iaitu:

1) terlalu ramai orang yang mudah dan senang menggunakan ‘kabel-kabel’ untuk pergi haji menyebabkan kita yang tak mempunyai jawatan dan kabel, sangatlah susah untuk pergi haji.

2) Menunaikan haji sekarang ramai oaring samakan seperti melancong menyebabkan tujuan menunaikan haji yang sebenar tidak nampak.



Sessi Pendaftaran peserta
Mempelajari ilmu haji tidaklah mudah kerana ianya selalu terkini dengan permasalahan-permasalah baru mengikut perubahan zaman.

Diikuti ucapan seterusnya mukaddimah Kursus Asas Haji Bersiri 2011/1432H dari pembimbing kursus – Ustaz Hj. Yasir b. Mohd Salleh.

Penyampaian Ustaz Yasir yang bersahaja tapi disulam dengan pengalaman-pengalaman beliau menjadikan penyampaian hampir 1 ½ jam tidak terasa lama.

Beliau menyarankan agar semua jemaah dapat memperbetulkan dan melengkapkan diri sebelum kita semua dapat menjejakkan kaki ke Tanah haram Baitullah.

Kursus berakhir pada jam 11.45 pagi dengan semua jemaah dihidangkan dengan makanan dan minuman.



Laporan daripada:
Nor Zarina bt. Mohd Azhar

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories