Rabu, Mac 30, 2011

Karnival Kesenian Islam berlansung dengan penuh meriah

Pada 26 Mac 2011, berlangsungnya Karnival Kesenian Islam dan Ujian Saringan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Petaling. Perasmian Karnival Kesenian Islam disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Yasim Mohamed Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana. Karnival Kesenian Islam anjuran Masjid As-Salam Puchong Perdana ini diadakan bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Petaling dimana pada tahun ini Masjid As-Salam telah dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk menjadi Tuan Rumah bagi tahun 2011. Selain dari ujian saringan tilawah Al-Quran untuk memilih wakil daripada Daerah Petaling, sebanyak 5 acara pertandingan telah dijalankan serentak bagi memeriahkan lagi Karnival Kesenian Islam ini. Seramai 19 peserta telah mengambil bahagian dalam Ujian Tilawah Al-Quran, manakala 7 kumpulan Nasyid, 13 peserta menyertai pertandingan bercerita, 3 peserta untuk pertandingan Syarahan, 14 peserta untuk pertandingan Hafizan bagi kategori Hafiz dan Hafizah dan 12 peserta untuk pertandingan Azan.


Peserta Tilawah Al-Quran sedang memperdengarkan bacaan



Peserta Pertandingan bercerita

Juri bagi acara pertandingan hafazan




Barisan juri bagi acara Pertandingan Nasyid Peserta Pertandingan Syarahan Peserta Pertandingan Azan

Kumpulan Nasyid sedang buat persembahan


Kumpulan Nasyid daripada Surau An-Nur Puchong Intan


Tuan Nazir bersama Ustazah Wani (JAIS) dan Hj Ahmad b. Hassan Pengarah Program

Sebahagian peserta semasa majlis perasmian

Selasa, Mac 29, 2011

Masjid As-Salam menerima penghargaan Sempena Hari Polis


Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed menerima sijil penghargaan daripada ACP Zainal Rasyid b. Abu Bakar Ketua Polis Daerah Subang Jaya

Pada 25 Mac 2011 (Jumaat), bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis Subang Jaya telah berlansungnya Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis yang Ke-204 tahun 2011 bagi peringkat IPD Subang Jaya yang telah dihadiri oleh ACP Zainal Rasyid b. Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Subang Jaya.


Masjid As-Salam Puchong Perdana yang diwakili oleh Nazirnya, Tuan Hj Yasim Mohamed telah menerima Sijil Penghargaan daripada ACP Zainal Rashid b. Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Subang Jaya.

Sijil Penghargaan ini diberi di atas sumbangan dan kerjasama yang baik oleh Pihak Masjid As-Salam kepada IPD Subang Jaya didalam membantu dan mengimarahkan Surau di IPD Subang Jaya di mana 4 program sepanjang Tahun 2010 telah berjaya diadakan iaitu:



  • Kursus Imam Mabrur

  • Ceramah Ihya' Ramadhan

  • Seminar HIV

  • Menghantar 2 orang Imam untuk Program pengimarahan surau pada bulan Ramadhan yang lalu.


Ceramah Palestin "Catatan Ramadhan di Gaza"

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Selasa, Mac 22, 2011

Program Bicara As-Salam ( Siri 2 )

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Petaling

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


Ahad, Mac 20, 2011

Pusat Sumber Masjid As-Salam dilancar dengan rasminya

Pn Hjh Mastura Mohammad, memotong riben merasmikan Pusat Sumber Masjid As-Salam





PUCHONG, 19hb March – Sejajar dengan visi dan misinya menjadikan masjid sebagai pusat pengembangan ilmu, pusat sumber Masjid As Salam Puchong Perdana dilancar untuk dimanfaatkan kepada ahli kariah sekitar Puchong Perdana di sini.


Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed berkata, kini pusat sumber itu mempunyai hampir 10,000 bahan bacaan untuk dijadikan rujukan kepada pengunjung yang ingin menambah ilmu pengetahuan.

Menurutnya, inisiatif penubuhan diambil selaras menjadikan rumah ibadah itu agen perubahan kepada masyarakat dalam masa sama membina masyarakat berilmu.


“Sesuai dengan matlamat kita supaya masjid bukan sahaja dijadikan tempat menunaikan ibadat malah turut menjadi pusat pengembangan ilmu".





Sebahagian anak kariah yang hadir semasa majlis Perasmian Pusat Sumber Masjid As-Salam




“Melalui penubuhannya, saya dan pihak jawatankuasa berharap ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Malah kita mahu lawatan ke pusat sumber ini dijadikan amalan dan budaya yang dapat dipraktikkan anak-anak kariah setiap kali musim cuti sekolah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pusat sumber itu, pagi semalam.






Pelancaran disempurnakan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor Puan Hajjah Mastura Mohamad. Hadir sama dalam majlis itu Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), En Sapiyan Md Din dan Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Puan Norhanim Ismail.








Tuan Hj Yasim yang mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan buku kepada pusat sumber itu berkata, jawatankuasa mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menyumbang kepada pusat sumber itu.



“Hasrat penubuhannya berjaya dicapai dengan sokongan padu anak kariah yang memberi sumbangan sebelum ini.












“Kita masih memberi peluang sekiranya ada lagi yang bermurah hati menyumbang untuk menambah bahan bacaan di pusat sumber itu,” katanya yang memberitahu peminjaman buku boleh dibuat dengan mendaftar sebagai ahli dalam sistem pengurusan yang dibangunkan sendiri oleh pihak pusat sumber.












Ahli-ahli Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) yang terlibat membantu, menyusun dan mengemaskan Pusat Sumber

INTAN menyumbang buku ke Pusat Sumber Masjid As-Salam

Tuan Nazir Masjid As-Salam menerima sumbangan buku daripada Pengarah INTAN Dr Aminuddin Hassim

Majlis penyerahan buku oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah berlangsung di Dewan Besar INTAN Bukit Kiara pada 17hb March 2011 yang lalu. Majlis penyerahan tersebut adalah yang pertama kali diadakan dan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah terpilih untuk menerima sumbangan buku tersebut.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Dr Aminuddin Hassim Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhdimatan Awam Malaysia kepada Nazir Masjid As-Salam Tuan Haji Yasim Mohamed.
Majlis tersebut telah disaksikan oleh hampir 500 orang kakitangan INTAN yang memenuhi Dewan dan ianya juga telah disiarkan secara Video Conference ke Cawangan INTAN diseluruh negara.

Selasa, Mac 15, 2011

Kuliah Maghrib Perdana

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


Tuisyen B. Inggeris Komunikasi di Masjid As-Salam

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Ahad, Mac 06, 2011

MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) BERBAKTI DI MASJID AS-SALAM

Tuan Nazir bersama para mahasiswa UPM pada majlis penyerahan sumbangan tersebut


Sekumpulan lima orang mahasiswa pengajian Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia, Semester III dari UPM telah berbakti untuk Perpustakaan Masjid As Salam, Puchong Perdana baru-baru ini. Simbolik majlis ini telah diadakan pada hari Khamis, 3 Mac 2011 yang lalu di dalam bilik perpustakaan tersebut.




Kumpulan pelajar UPM ini terdiri dari Wan Firdaus Wan Hassan, Abdul Latif Abd Rahman, Mohd Affendi Abd Manaf, Mohd Hafiz Zakaria dan diketuai oleh saudara Roslan Hanapiah, yang juga merupakan Ketua Biro Belia & Rekreasi, Masjid As Salam.





Dalam tempoh lebih kurang dua minggu, setiap ahli kumpulan ini telah menghubungi ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan taulan untuk menghimpunkan buku-buku terpakai, masih elok dan berkualiti untuk dihadiahkan kepada perpustakaan masjid. Aktiviti ini telah berlangsung serentak di Puchong Perdana, Kajang, Gombak, Cheras Jaya dan Putrajaya.








Hasil dari kerja sukarela ini, kumpulan ini telah menerima lebih dari 500 judul buku pelbagai kategori, pakaian, kain tudung, surat khabar lama dan ada juga yang memberi wang tunai.










Setelah ditapis mengikut kesesuaian dan keadaan buku, hanya 268 judul buku difikirkan sesuai untuk dihadiahkan kepada perpustakaan masjid.




Buku-buku yang terlalu usang dan surat khabar lama telah dijual dan dana yang diperoleh telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak masjid untuk dibeli bahan bacaan baru untuk manfaat anak kariah masjid.



Sejumlah RM487 wang tunai telah diserahkan kepada pihak masjid. Selain itu, 25 naskah Surah Yassin sumbangan Bank Kerjasama Rakyat Berhad turut diserahkan kepada pihak masjid.








Majlis penyerahan bahan bacaan ilmiah yang ringkas dan penuh bermakna itu telah dihadiri sendiri oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir Masjid As Salam.



Beliau telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada kumpulan mahasiswa ini di atas usaha murni mereka yang insyaAllah, boleh memberi rangsangan kepada pihak lain untuk terlibat dengan kerja sukarela seperti ini.





Pengimarahan perpustakaan masjid itu nanti akan menjadi satu lagi manifestasi bahawa, institusi masjid tidak dilabel hanya untuk aktiviti ibadah khusus semata-mata.

http://www.youtube.com/watch?v=XowOJWwEN2o


Laporan oleh: Roslan Hanapiah

Sabtu, Mac 05, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Surau As-Solihin Desa Idaman Puchong Prima

Tuan Nazir sedang menyampaikan ceramah

Pada tanggal 20 Feb 2011(Ahad) bersamaan 18 R.Awal 1432H, AJK Sementara Surau As-Solihin Desa Idaman Puchong Prima dengan kerjasama seluruh penduduk Muslimnya, telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1432H.

Sebahagian daripada jemaah yang hadir
Majlis yang bermula dengan Solat Maghrib berjemaah bertempat di Surau As-Solihin Desa Idaman telah dibimbing oleh Tuan Imam Muda Ustaz Atiq dan diikuti Program Ceramah Perdana di Dewan Club House Desa Idaman oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Yasim Bin Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.

En Sarul Hisham (kiri) Pengerusi Surau As-Solihin sedang mempengerusikan majlis


Tn Nazir menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat


Tajuk ceramah beliau pada malam itu ialah “Rasulullah S.A.W Ikutan Sepanjang Zaman”. Setelah berlangsungnya ceramah yang telah disampaikan dengan begitu bersemangat oleh Tuan Nazir, program diteruskan dengan Solat Isya’ berjemaah dan disudahi dengan jamuan ringan.


Anak-anak yatim Baitul Ulfah Puchong Prima

Program pada malam itu juga telah diwarnai oleh kedatangan kira-kira 30 orang anak2 yatim dari Pusat Kebajikan, Pengajian & Bimbingan Baitul Ulfah Puchong Prima. Para hadirin pada malam itu begitu bertuah kerana telah disajikan dengan persembahan nasyid oleh anak2 tersebut.


Jawatan kuasa Surau As-Solihin Desa Idaman Puchong Prima


Akhir kata, bagi pihak AJK Sementara Surau As-Solihin Desa Idaman, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program yang julung2 kalinya diadakan dikediaman kita ini. Marhaban ya Rasulullah…Subhanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar…






Grab this Widget ~ Blogger Accessories