Selasa, Februari 22, 2011

Program Maulidur Rasul di Masjid As Salam disambut meriah



Acara pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak



Puchong 19 Febuari bersamaan 16 Rabiulawwal 1432H: Walaupun sederhana Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid As Salam telah berlangsung dengan begitu meriah. Ianya memberi erti yang bermakna pada individu-individu yang terlibat serta anak-anak kariah yang hadir.


Pada sebelah paginya, para Jawatankuasa Program sudah mula sibuk dengan persiapan jamuan dimulai dengan penyembelihan seekor kerbau. Sebagai makluman kerbau ini telah disumbangkan kepada masjid oleh seorang dermawan tempatan. Pihak masjid mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang begitu bermanfaat ini. Moga Allah memurahkan rezeki beliau dan keluarganya.


Selepas solat Zohor diadakan acara ringkas iaitu acara pertandingan mewarna dan bercerita bagi kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah. Hadiah dan kos pengendalian majlis ini juga telah disumbangkan oleh seorang dermawan tempatan.


Para juri pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak


Pihak masjid sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang begitu bermanfaat ini.

Walaupun jangkasama program ini berlalu begitu singkat sahaja iaitu sehingga asar, namun ianya dapat memperlihatkan suasana yang cukup memberansangkan dalam konteks memanfaatkan sambutan Maulidur Rasul.

Tuan Nazir menyampaikan hadiah kepada pemenang

Program seterusnya, jam 6.30 petang Imam 1 Masjid As Salam telah memulakan majlis dengan Bacaan Al Quran seterusnya bacaan Qasidah dari kumpulan jemputan (Perikatan Tasawuf).


Kumpulan Qasidah membuat persembahan


Para-para jemputan juga turut hadir memeriahkan majlis ini seperti Ketua Kampung Bt 14 dan Ketua Balai Polis Bukit Puchong. Bersolat Maghrib berjemaah dan seterusnya berselawat beramai-ramai pimpinan Imam 2 Masjid As Salam. Program di teruskan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Nazrul Nasir.

Para jemaah menikmati jamuan secara bertalam


Acara kemuncak bagi majlis ini ialah jamuan makan malam bertalam. Ini merupakan satu usaha yang diambil untuk sama-sama menghidupkan semula sunnah Rasullah SAW bersesuaian dengan sambutan hari kelahiran Baginda.



Jamuan bertalam berjalan dengan penuh meriah



Untuk menzahirkan suasana ini, pihak masjid berusaha membelanjakan wang untuk menyediakan 200 talam untuk para jemaah malam itu. Bersyukur pada Allah SWT pada malam tersebut hampir 700 orang jemaah hadir untuk menjayakan program ini.



Jamuan bertalam merapatkan ukhuwwah


Melalui makan bertalam ini, kelihatan ukhuwwah sesama para jemaah amatlah baik sekali, pihak masjid begitu yakin sekiranya acara ini dijalankan sekerap yang mungkin nescaya hasil dan keberkatan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini akan memberi impak yang besar dalam memantapkan ukhuwah dan memeperkasakan ummah masa kini. Moga Allah merahmati seluruh anak kariah Masjid as Salam Puchong Perdana. Wassalam.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories