Khamis, Februari 10, 2011

Pusat Tuisyen Matematik As-Salam mendapat sambutan meriah

Tuan Nazir sedang berucap merasmikan Pusat Tuisyen Matematik As-Salam


Suasana semasa pendaftaran
Pada 7hb Februari 2011 yang lalu, berlangsunglah seperti yang dirancangkan iaitu Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Matematik As Salam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dari darjah 4, 5 dan 6 dan pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Suasana semasa pendaftaran
Suasana pendaftaran peserta tuisyen kelihatan amat meriah dengan kehadiran ibubapa yang sama-sama memberi dorongan dan semangat pada anak-anak mereka.

Pihak Jawatankuasa Masjid As Salam dibawah kelolaan Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan merasa cukup terharu dengan sambutan yang ditunjukkan oleh para peserta dan ibubapa ini.

Selesai solat Isyak, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Tuan Hj Yasim B. Mohamed, Nazir Masjid As Salam. Dalam ucapan tersebut Tuan Nazir telah menyelitkan beberapa tips-tips motivasi yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat para peserta dan ibubapa.

Para peserta kelihatan tekun mendengar ucapan Tuan Nazir tidak kurang juga para ibubapa yang sentiasa tetap menunggu diluar dewan walaupun terpaksa duduk diatas lantai kerana keadaan dalam dewan yang sudah penuh.


Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iatu sesi taklimat dan motivasi yang disampaikan oleh En. Zahari Othman. Dalam sessi ini En Zahari telah menerangkan tentang konsep tuisyen yang beliau kendalikan yang mengutamakan konsep berfikir secara kritis dalam menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Ia amat berbeza dengan tuisyen-tuisyen biasa yang lebih kepada latih tubi.


Latar belakang Guru Tuisyen Matematik As Salam, En. Zahari Othman.

En Zahari Othman merupakan ahli National Council of Teachers of Mathematics (N.C.T.M) USA, dan juga merupakan ahli Malaysian Mathematical Society . Beliau pernah berkhidmat di Institute of Mathematical Sciences, UM dan Fakulti Kejuruteraan UM sebagai penyelidik.


Dengan minat yang begitu mendalam dalam bidang Matematik, beliau telah membentangkan kertas kerjanya diperingkat nasional dan antarabangsa dan masih aktif untuk meningkatkan keilmuan dan kepakarannya dalam bidang 'Advanced Mathematical Thinking' dan 'Critical Thinking'.


En Zahari Othman juga pernah mengendalikan lebih dari 800 seminar untuk pelajar pra-universiti dan universiti didalam bidang 'Problem Solving- Mathemathics' untuk guru-guru dan pensyarah-pensyarah dalam konteks pembelajaran dan pengajaran melalui pemikiran kritis. Selain dari itu, beliau pernah terlibat dalam aktiviti penyelidikan dibeberapa buah universiti terkenal seperti Stanford University of California, Technical University of Berlin dan University Massachusets at Boston USA dalam bidang berkaitan dengan 'Mathematical Thinking' dan 'Critical Thinking' dalam 'Engineering Maths'. En Zahari juga sering dijemput menjadi tetamu TV3, TV 1 dan Astro.

Pusat Tuisyen Matematik As Salam ini diwujudkan khas untuk memberi peluang dan alternatif kepada anak-anak kariah untuk sama-sama mendalami dan menguasai ilmu matematik secara berkesan dan efektif. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang harus di galas oleh Jawatankuasa Masjid As Salam dalam usaha untuk memartabatkan budaya ilmu dikalangan generasi muda disekitar Qariah masjid ini.
Kelas pertama telah dimulakan pada 8/2/2011 iaitu untuk darjah 4,5, dan 6, diikuti oleh Kelas kedua pada 9/2/2010 dan akhir sekali kelas ketiga pada 10/2/2011. Pengamatan yang dibuat, didapati para pelajar memberi tumpuan penuh dan dapat berinteraksi dengan guru secara baik.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories