Ahad, Februari 27, 2011

Selasa, Februari 22, 2011

Program Maulidur Rasul di Masjid As Salam disambut meriah



Acara pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak



Puchong 19 Febuari bersamaan 16 Rabiulawwal 1432H: Walaupun sederhana Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid As Salam telah berlangsung dengan begitu meriah. Ianya memberi erti yang bermakna pada individu-individu yang terlibat serta anak-anak kariah yang hadir.


Pada sebelah paginya, para Jawatankuasa Program sudah mula sibuk dengan persiapan jamuan dimulai dengan penyembelihan seekor kerbau. Sebagai makluman kerbau ini telah disumbangkan kepada masjid oleh seorang dermawan tempatan. Pihak masjid mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang begitu bermanfaat ini. Moga Allah memurahkan rezeki beliau dan keluarganya.


Selepas solat Zohor diadakan acara ringkas iaitu acara pertandingan mewarna dan bercerita bagi kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah. Hadiah dan kos pengendalian majlis ini juga telah disumbangkan oleh seorang dermawan tempatan.


Para juri pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak


Pihak masjid sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang begitu bermanfaat ini.

Walaupun jangkasama program ini berlalu begitu singkat sahaja iaitu sehingga asar, namun ianya dapat memperlihatkan suasana yang cukup memberansangkan dalam konteks memanfaatkan sambutan Maulidur Rasul.

Tuan Nazir menyampaikan hadiah kepada pemenang

Program seterusnya, jam 6.30 petang Imam 1 Masjid As Salam telah memulakan majlis dengan Bacaan Al Quran seterusnya bacaan Qasidah dari kumpulan jemputan (Perikatan Tasawuf).


Kumpulan Qasidah membuat persembahan


Para-para jemputan juga turut hadir memeriahkan majlis ini seperti Ketua Kampung Bt 14 dan Ketua Balai Polis Bukit Puchong. Bersolat Maghrib berjemaah dan seterusnya berselawat beramai-ramai pimpinan Imam 2 Masjid As Salam. Program di teruskan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Nazrul Nasir.

Para jemaah menikmati jamuan secara bertalam


Acara kemuncak bagi majlis ini ialah jamuan makan malam bertalam. Ini merupakan satu usaha yang diambil untuk sama-sama menghidupkan semula sunnah Rasullah SAW bersesuaian dengan sambutan hari kelahiran Baginda.



Jamuan bertalam berjalan dengan penuh meriah



Untuk menzahirkan suasana ini, pihak masjid berusaha membelanjakan wang untuk menyediakan 200 talam untuk para jemaah malam itu. Bersyukur pada Allah SWT pada malam tersebut hampir 700 orang jemaah hadir untuk menjayakan program ini.



Jamuan bertalam merapatkan ukhuwwah


Melalui makan bertalam ini, kelihatan ukhuwwah sesama para jemaah amatlah baik sekali, pihak masjid begitu yakin sekiranya acara ini dijalankan sekerap yang mungkin nescaya hasil dan keberkatan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini akan memberi impak yang besar dalam memantapkan ukhuwah dan memeperkasakan ummah masa kini. Moga Allah merahmati seluruh anak kariah Masjid as Salam Puchong Perdana. Wassalam.

Rabu, Februari 16, 2011

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul oleh YB Pn Hajjah Siti Zailah bt Yusof

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dengan ucapan dari Pengerusi Majlis mengalukan kehadiran penceramah dan muslimin muslimat.



Diikuti dengan ucapan Pengarah Program iaitu Puan Hjh. Maimunah Yusoff seterusnya ucapan Ketua Biro Muslimah Masjid As-salam Pn Noor Hanim Ismail.



Dan tidak kengkap sekiranya program anjuran Biro Muslimah tidak mendengar ucapan dari Nazir Masjid As-Salam iaitu Tuan Hj. Yasim B. Mohamed






YB Hjh. Siti Zailah menyampaikan ceramah yang bertajuk, “apakah pesanan Rasulullah kepada wanita???” Diantara intipati ceramah beliau ialah golongan wanita yang mudah untuk mendapat dosa dan menempah tempat di neraka bilamana adanya sifat kurang sabar, tidak berterima kasih kepada suami, meminta-minta diluar kemampuan suami,memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan suka berleter atau merungut.





Terdapat juga tanda-tanda keberkatan yang Allah beri khususnya kepada seorang wanita bilanya dilihat dari sudut cepat perkahwinannya, cepat hamilnya dan sedikit maharnya.



YB Hjh. Siti Zailah juga datang dengan membuka ruang kepada individu-individu yang ingin memberi zakat dan memberi sumbangan pakaian dan peralatan dimana sumbangan-sumbangan tersebut akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir dan orang-orang kurang/tidak berkemampuan yang berada dalam pentadbiran parlimen beliau iaitu Rantau Panjang.

Ceramah beliau berakhir jam 11.15 pagi dengan muslimat-muslimat yang hadir mengambil peluang untuk bersalam-salaman.




Diharapkan semoga semua yang hadir, menjadikan pertemuan dan himpunan pada 15 februari 2011 sempena hari kelahiran baginda Rasullah sebagai tanda kasih sayang kita kepada Rasulullah seterusnya mengambil setiap apa yang berlaku pada diri Nabi dan pesanan baginda kepada kita semua sebagai suri tauladan kita yang menjadi umatnya dan mendapat syafaat baginda di akhir kelak.









Khamis, Februari 10, 2011

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Pusat Tuisyen Matematik As-Salam mendapat sambutan meriah

Tuan Nazir sedang berucap merasmikan Pusat Tuisyen Matematik As-Salam


Suasana semasa pendaftaran
Pada 7hb Februari 2011 yang lalu, berlangsunglah seperti yang dirancangkan iaitu Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Matematik As Salam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dari darjah 4, 5 dan 6 dan pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Suasana semasa pendaftaran
Suasana pendaftaran peserta tuisyen kelihatan amat meriah dengan kehadiran ibubapa yang sama-sama memberi dorongan dan semangat pada anak-anak mereka.

Pihak Jawatankuasa Masjid As Salam dibawah kelolaan Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan merasa cukup terharu dengan sambutan yang ditunjukkan oleh para peserta dan ibubapa ini.

Selesai solat Isyak, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Tuan Hj Yasim B. Mohamed, Nazir Masjid As Salam. Dalam ucapan tersebut Tuan Nazir telah menyelitkan beberapa tips-tips motivasi yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat para peserta dan ibubapa.

Para peserta kelihatan tekun mendengar ucapan Tuan Nazir tidak kurang juga para ibubapa yang sentiasa tetap menunggu diluar dewan walaupun terpaksa duduk diatas lantai kerana keadaan dalam dewan yang sudah penuh.


Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iatu sesi taklimat dan motivasi yang disampaikan oleh En. Zahari Othman. Dalam sessi ini En Zahari telah menerangkan tentang konsep tuisyen yang beliau kendalikan yang mengutamakan konsep berfikir secara kritis dalam menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Ia amat berbeza dengan tuisyen-tuisyen biasa yang lebih kepada latih tubi.


Latar belakang Guru Tuisyen Matematik As Salam, En. Zahari Othman.

En Zahari Othman merupakan ahli National Council of Teachers of Mathematics (N.C.T.M) USA, dan juga merupakan ahli Malaysian Mathematical Society . Beliau pernah berkhidmat di Institute of Mathematical Sciences, UM dan Fakulti Kejuruteraan UM sebagai penyelidik.


Dengan minat yang begitu mendalam dalam bidang Matematik, beliau telah membentangkan kertas kerjanya diperingkat nasional dan antarabangsa dan masih aktif untuk meningkatkan keilmuan dan kepakarannya dalam bidang 'Advanced Mathematical Thinking' dan 'Critical Thinking'.


En Zahari Othman juga pernah mengendalikan lebih dari 800 seminar untuk pelajar pra-universiti dan universiti didalam bidang 'Problem Solving- Mathemathics' untuk guru-guru dan pensyarah-pensyarah dalam konteks pembelajaran dan pengajaran melalui pemikiran kritis. Selain dari itu, beliau pernah terlibat dalam aktiviti penyelidikan dibeberapa buah universiti terkenal seperti Stanford University of California, Technical University of Berlin dan University Massachusets at Boston USA dalam bidang berkaitan dengan 'Mathematical Thinking' dan 'Critical Thinking' dalam 'Engineering Maths'. En Zahari juga sering dijemput menjadi tetamu TV3, TV 1 dan Astro.

Pusat Tuisyen Matematik As Salam ini diwujudkan khas untuk memberi peluang dan alternatif kepada anak-anak kariah untuk sama-sama mendalami dan menguasai ilmu matematik secara berkesan dan efektif. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang harus di galas oleh Jawatankuasa Masjid As Salam dalam usaha untuk memartabatkan budaya ilmu dikalangan generasi muda disekitar Qariah masjid ini.
Kelas pertama telah dimulakan pada 8/2/2011 iaitu untuk darjah 4,5, dan 6, diikuti oleh Kelas kedua pada 9/2/2010 dan akhir sekali kelas ketiga pada 10/2/2011. Pengamatan yang dibuat, didapati para pelajar memberi tumpuan penuh dan dapat berinteraksi dengan guru secara baik.

Isnin, Februari 07, 2011

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas





Perhatian: Tarikh telah bertukar kepada 26 Feb 2011 (Sabtu)
Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas



Sabtu, Februari 05, 2011

Pusat Kaunseling Masjid As-Salam mula beroperasi



Pusat Khidmat Kaunseling Masjid As-Salam telah mula beroperasi

  • Mula beroperasi pada 1hb Feb 2011
  • Dibuka setiap hari Isnin dan Selasa & Temujanji
  • dari jam 9:00mlm ~ 11:00 mlm
  • Di Bilik Kaunseling Masjid As-Salam Puchong Perdana
Perkhidmatan adalah Percuma

Perkhidmatan Kaunseling yang disediakan:
  • Kaunseling keluarga
  • Kaunseling rumahtangga
  • Masalah Perceraian
  • Kaunseling Remaja
  • Stress / Tekanan Hidup/ Tekanan tempat kerja 
Pusat Khidmat Kaunseling ini juga akan berusaha mencari penyelesaian kepada wanita dan remaja yang bermasalah terutamanya dikalangan ibu tunggal, ibu tinggal, remaja lelaki dan perempuan, remaja terlanjur dan sebagainya.

Terbuka kepada semua kaum tanpa mengira agama, bangsa & fahaman politik.

Untuk temujanji sila hubungi:

Pusat Khidmat Kaunseling As-Salam: 019-3567133

assalampuchong@gmail.com

Rabu, Februari 02, 2011

Program Bicara As-Salam mendapat sambutan meriah

Puchong, 1 Feb: Masjid As-Salam Puchong Perdana sekali lagi membuat kejutan dan kelainan apabila berjaya menganjurkan Program Bicara As-Salam Siri 1 Sabtu lalu.




Program Bicara As-Salam yang berkonsepkan Forum Perdana bertajuk “Gejala Sosial: Madu atau Racun” telah diadakan di Padang Permainan, Perumahan Taman Puchong Permai dengan kerjasama Surau Raayah dan Surau An-Najatulhasanah.



Program yang telah diadakan itu menampilkan 2 orang panelist yang terkenal iaitu Yang Berbahagia Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama di Istana Negara dan Ustaz Roslan Mohammad, Pensyarah Kanan Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya. Bertindak selaku Moderator pada program kali ini ialah Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.



Program Bicara As-Salam yang bermula pada jam 9:30 malam itu diadakan dalam rangka untuk mencari satu jalan penyelesaian kearah membendung Gejala Sosial yang kian berkembang di kalangan masyarakat setempat. Program ini juga adalah inisiatif yang dipelopori oleh Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat dan menggerakkan kerja-kerja Dakwah di sekitar Kariah Masjid As-Salam.




Program yang dihadiri oleh lebih 2000 orang penduduk yang terdiri daripada penghuni Taman Perumahan Puchong Permai dan Taman-taman Perumahan yang berhampiran telah berjaya memberi kesedaran tentang bahaya Gejala Sosial, permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian.






Ust Roslan telah dengan panjang lebar menjelaskan tentang punca dan sebab berlakunya gejala social, antaranya ialah, kurang ilmu agama, pergaulan bebas, institusi kekeluargaan yang goyah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh internet, fesyen pakaian dan dunia cinta remaja.





Dato’ Abu Hassan pula dalam penjelasannya berhubung penyelesaian kepada masalah Gejala Sosial ini telah menggariskan langkah-langkah untuk mengatasi seperti berikut; kembali kepada asas agama, banyakkan membaca, hadir bengkel dan seminar motivasi, lakukan aktiviti berfaedah dan bijak mengurus dan mengendalikan emosi.















Turut memberi kerjasama dalam menjayakan Program Bicara As-Salam ini ialah ahli jawatan kuasa Surau Raayah dan Surau An-Najatulhasanah dan juga Biro Keselamatan JKP Zon 14, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

















Grab this Widget ~ Blogger Accessories