Jumaat, Januari 21, 2011

Program Bicara As-Salam bersama Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Gejala sosial dikalangan masyarakat Malaysia

Setiap hari kita membaca berita-berita menakutkan di dada akhbar. Kisah pembuangan bayi, pembunuhan, rogol , samun, penyalahgunaan dadah, rasuah merupakan kes jenyah yang menunjukkan betapa runtuhnya moral di kalangan rakyat kita.


Keadaan ini juga menunjukkan betapa nilai-nilai kemanusiaan makin hilang dalam diri manusia itu sendiri. Masalah yang berlaku ini akan memberi kesan terhadap pembangunan negara.

Dengan kadar jenayah yang meningkat, pembangunan sedikit sebanyak akan terganggu. Bayangkan sekiranya setiap hari berlaku jenayah, orang ramai sudah pasti takut untuk melakukan aktiviti seharian manakala peniaga pastinya tidak berani untuk mengambil risiko dengan membuka kedai lebih dari waktunya.


Mengapa agaknya ini terjadi?

Mungkin ramai dari anda mempunyai pandangan sendiri tentang perkara tersebut. Untuk entri ini 3 isi penyebab utama dibincangkan :-


1. Terlalu mengejar material merupakan antara penyebab utama sukar untuk membendung jenayah-jenayah.

Ini bukan bermaksud harta tidak perlu dicari namun perlu dalam keadaan ‘adil’ antara pencarian harta dunia dan akhirat. Kalau diperhatikan di zaman moden ini, manusia lebih sibuk mencari duit sehingga sanggup melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan undang-undang.

Perkara ini perlu dibendung kerana mereka yang mencari harta sebegini akan menyebabkan berlakunya penindasan terhadap insan yang lemah. Selain itu, pengejaran material yang melampau juga sering menyebabkan individu tersebut lalai menunaikan tanggungjawab sosial samada terhadap keluarga ataupun masyarakat.


Disebabkan itulah kurangnya perhatian terhadap keluarga dan kawasan kejiranan. Ini berlaku bila ibubapa seharian mencari duit tanpa mengikuti perkembangan keluarga dan kawasan setempat. Bila kurang perhatian, maka akan timbulnya jenayah yang berlaku oleh mereka yang perlu diberi perhatian.



2. Kurangnya nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri.

Seperti yang kita ketahui, pegangan agama penting bagi memberikan landasan dalam hidup. Tanpa agama manusia akan terpesong kerana tiada sempadan hidup. Mungkin ramai yang mengatakan agama mengongkong tetapi dengan kongkongan itulah menyebabkan hidup lebih aman.
Sebaliknya dengan kehidupan bebas tanpa sempadan pula akan mengucar kacirkan kehidupan di dunia ini. Nilai-nilai murni bukan mudah untuk diterapkan, kadangkala masih terdapat individu yang rajin solat tapi masih mengumpat, memfitnah.

Ini disebabkan oleh kurangnya penghayatan dalam solat itu sendiri.Selain itu terdapat juga individu yang memperlekehkan agama dengan memberi alasan ‘ Kubur lain-lain’. Memang benar ‘ kubur lain-lain’ tetapi kalau bala menimpa, ianya bukan terkena pada mereka saja, orang yang tiada kena mengena akan terkena tempiasnya juga.

3. Pengaruh dari persekitaran juga menjadi penyumbang utama gejala sosial.

Cuba kita lihat di sana sini, majalah hiburan merata-rata dijual dengan gambar-gambar yang menjadi perangsang kepada nafsu. Ditambah dengan media elektronik seperti TV, DVD, internet yang sukar dibendung.

Kemudahan yang disalah guna untuk perkara yang tidak sepatutnyaengubah naluri manusia untuk bersikap ganas seterusnya mendorong mereka melakukan jenayah.
Gejala sosial ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan ianya merebak seterusnya merosakkan rakyat amnya. Setiap dari kita perlu mengembleng tenaga untuk mencari formula bagi menyelesaikan masalah ini.

Selasa, Januari 18, 2011

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Ahad, Januari 09, 2011

Seminar Kewanitaan Masjid As-Salam Puchong Perdana


SEMINAR KEWANITAAN - PEMANTAPAN IMAN MUSLIMAH

Seminar ini merupakan Program yang julung-julung kalinya diadakan di Masjid As Salam Puchong Perdana.

Melihat kepada senario semasa paparan media elektronik dan cetak serta aduan-aduan jiran tetangga, wanita pada masa kini di asak dan digasak dengan pelbagai sudut ancaman kehidupan yang akhirnya memberi tekanan demi tekanan kepada wanita itu sendiri untuk meneruskan kehidupan.

Dengan itu, Biro Muslimah Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan kerjasama Biro Pendidikan JKP Zon 13 MPSJ akan menganjurkan Seminar Kewanitaan - "Pemantapan Iman Muslimah" untuk membawa semua wanita melihat dan memahami bahawa Islam adalah agama yang adil dan menjadi penyelamat untuk semua umatnya.

Seminar ini membentangkan hak-hak wanita seperti yang sudah termaktub dalam undang-undang Islam. Dan sudah semestinya juga kupasan berkaitan pemantapan iman menjadi satu keperluan semua wanita untuk dihayati dan diimplimentasikan di dalam meneruskan kehidupan.

Seminar ini menfokuskan kepada 2 objektif iaitu:

1. Membentangkan dan menjelaskan hak-hak wanita yang ada di dalam perundangan Islam. Hak-hak yang meletakkan wanita ditempat yang mulia di dalam Islam dan hak-hak pembelaan wanita.

2. Memperkasakan iman untuk dijadikan benteng pertahanan atas setiap ujian-ujian yang Allah berikan dalam meneruskan kehidupan.

Semoga seminar ini dapat memberi sedikit ruang ilmu yang bermanfaat untuk semua wanita dan mendapat keberkatan Allah.

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Januari 07, 2011

Bagaimana Untuk Kekalkan Kegembiraan


Untuk bersemangat, Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya.

Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan.

Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy!



Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa, ucapakan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.

Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan.

Jika seorang suami, ucap terima kasih pada isteri Anda kerana mengambil berat diri Anda, ucap terima kasih pada dia kerana sanggp bersusah payah berbakti untuk Anda sebagai ketua keluJika Anda seorang isteri, ucapkan terima kasih pada suami kerana dia ada untuk Anda bergantung hidup padanya. Kegembiraan yang lahir dari rasa berterima kasih membuat Anda menghargai pasangan Anda, bukan sekali dua, tapi setiap hari.

Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran Anda pada benda-benda yang Anda ada dan hargai orang-orang di sekeliling Anda. Ini menjadikan Anda bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.

Dulu, kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri Anda bersemangat selalu.
Kegembiraan yang terbit dari kesykuran lebih bertahan lama. Ia membuat Anda jadi energetik. Anda akan komited pada apa saja yang Anda lakukan.

Rabu, Januari 05, 2011

Seminar Kewanitaan Masjid As-Salam Puchong Perdana

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Isnin, Januari 03, 2011

Islam Tentukan Adab Sambut Tahun Baru



BERASASKAN peredaran bulan dan matahari manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masehi. Bagaimanapun, kalendar Masehi lebih banyak digunakan dalam pelbagai urusan, manakala kalendar Hijriah sesekali saja dan itu pun untuk tujuan keagamaan. Apa pun, kedua-dua sistem kalendar itu atas ketentuan Allah.

Ayat 5, surah Yunus bermaksud: *Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....*


Rasulullah menetapkan umat Islam mesti mengikut peredaran bulan bagi menentukan bulan dan tahun mereka, bukannya peredaran matahari. Ia bertepatan dengan sabda baginda yang menjelaskan setiap bulan sama ada 29 atau 30 hari.

Jika mengikut kalendar Masihi, kita kini berada di tahun baru. Bagi manusia yang waras, ketibaan tahun baru ini sudah tentu menjadi satu kebanggaan, tidak kira mereka hamba yang taat, suka melakukan maksiat, kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi.Kebanggaan ini dapat dilihat apabila pelbagai acara sambutan diadakan dan dalam kepelbagaian acara ini, ada yang menjurus kepada keredaan Allah dan tidak kurang pula terjebak dengan unsur maksiat.


Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian. Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.

Kepelbagaian acara sambutan tahun baru menyebabkan sesetengah masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama di dunia?

Dalam hal ini, Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata walau apa pun cara sambutan ia perlu diawasi supaya tidak terkeluar daripada adab keislaman.

Menurutnya, semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.

*Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong. Kita kena bersyukur dan bermunajat, iaitu berdoa supaya mendapat kebaikan pada tahun baru,* katanya, sambil menambah, tiada tegahan dalam Islam terhadap acara menyambut tahun baru masehi, malah mengiktirafkannya.

*Benda macam itu, tiada masalah. Tidak semestinya kena solat hajat. Cuma acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,* katanya. Dr Mahmood Zuhdi berkata, sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.

*Sambutan seperti itu cara orang terpesong daripada agama. Kristian sendiri ada caranya. Aliran macam itu terjadi disebabkan arus pemodenan. Tamadun Barat sendiri, mereka tinggal agama,* katanya.

Katanya, walaupun hampir keseluruhan orang Barat menganuti Kristian, kebanyakannya memisahkan agama itu daripada kehidupan mereka, malah memperlekehkannya. Justeru, menurutnya, tidak wajar umat Islam di negara ini meniru cara orang Barat khusus mengenai cara sambutan tahun baru, kerana cara mereka itu sendiri terkeluar dari ajaran agama mereka.

Dari satu sudut kedatangan tahun baru secara langsung membawa makna usia seseorang itu semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek, menunjukkan kita semakin hampir dengan maut.

Walau apa pun aspek ini jarang diambil peduli, melainkan golongan muqarrabin (hamba mendampingi Allah). Kedatangan tahun baru Masehi ini juga diharap melakarkan detik sejarah yang menggembirakan, bukan lagi peristiwa pahit dengan pelbagai tragedi memilukan seperti tahun lalu yang tidak henti-henti mengejutkan masyarakat.

Dalam mengimpikan lakaran manis ini, tekad dan usaha semestinya dipertingkatkan. Kejayaan sekali-kali tidak datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni tidak dapat dicapai.


Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini, asas utama perlu ditekankan ialah tujuan hidup, iaitu semata-mata untuk beribadah, bukan untuk berseronok atau sebarang kepentingan lain.

Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah melalui sepotong ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." Merujuk kepada maksud ayat itu, kehidupan manusia tidak lain bertujuan beribadah pada Allah.

Pengertian ibadah itu bukan dalam konteks sempit, setakat solat dan puasa, malah meluas sesuai dengan ungkapan *Islam adalah cara hidup.*Ibadah yang sempurna lahir apabila akidah betul, iaitu mengesakan Allah dan mentaati syariat dibawa Rasulullah.

Ini membawa makna ibadah yang dilakukan dengan tidak menetapi kehendak itu sia-sia. Justeru, apabila tindak-tanduk menyimpang dari asas utama itu kehidupan seseorang itu menjadi sia-sia dan tiada makna, walaupun bersama-sama orang lain melangkah ke tahun baru dan mendapat limpahan kesenangan duniawi.

Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tiada yang mengetahui, selain Allah. Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan seboleh-bolehnya melakukan yang terbaik setiap hari.

Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak, dengan mencontohi peribadi Rasulullah. Baginda contoh terbaik, sehingga diiktirafkan melalui firman Allah, bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia." (Al-Rum:4) Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, berkata: "Akhlak baginda itu adalah al-Quran".

Aspek ini merangkumi terhadap Pencipta seperti cinta, taat atau patuh yang tidak terkira, malah bersifat sabar, reda, syukur, takwa, wara', zuhud dan ikhlas dalam setiap amalan. Sesama manusia perlu adil, jujur, suka menolong dan tidak berdengki khianat supaya dengan asas ini dapat menikmati kehidupan dalam harmoni sepanjang tahun.
Grab this Widget ~ Blogger Accessories