Jumaat, Disember 30, 2011

Laporan Aktiviti Bulan November Surau Al-Muqaddim Pangsapuri Lili Puchong Prima


Gotong royong penyediaan juadah bagi sambutan Hari Raya Kurban pada 5 Nov 2011 (malam) dan ibadah sembelihan kurban 3 ekor lembu dibuat pada 6 Nov 2011 selepas solat sunat Aidul Adha

Laporan oleh:
Azhar B. Samsudin
Pengerusi
Surau Al-Muqaddim Pangsapuri Lili



Coretan dari bumi Palestin

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Rabu, Disember 28, 2011

Perlukah kita berubah ?

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Disember 23, 2011

Keletihan dan selalu mengalami sakit-sakit badan?

Terdapat 8 buah kerusi urut terapi disediakan di Masjid As-Salam
Para jemaah di Masjid As-Salam Puchong Perdana kini berpeluang menikmati perkhidmatan terapi urutan mesin menggunakan kerusi urut Gintell pada kadar bayaran serendah RM1.00 untuk tiga minit.

8 buah kerusi terapi telah disediakan di bahagian aras bawah Masjid As-Salam untuk digunakan oleh para jemaah. Pengumuman berhubung perkhidmatan yang disediakan telah dibuat oleh Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed semasa pengumuman Jumaat tengah hari tadi.

Khamis, Disember 22, 2011

Berita dari Palestin

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Khamis, Disember 15, 2011

Program Bijak Sains untuk UPSR 2012


Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


Selasa, Disember 13, 2011

Isnin, Disember 12, 2011

Bersama Sheikh Nuruddin Al-Banjari di Masjid As-Salam 15/12/2011


Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.

BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Kuliah Maghrib Perdana

Khamis, Disember 08, 2011

Laporan Program Remaja Perempuan: Kem "Free 2 Be Muslim"

Puchong, 4 Disember;  Nisa' Puchong dengan kerjasama Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berjaya mengadakan Kem "Free 2 Be Muslim" untuk remaja perempuan di musim cuti sekolah ini. Seramai 70 orang remaja perempuan daripada usia diantara 12 hingga 17 tahun telah mengikuti Program 2 hari 1 malam ini.

Diantara objektif Program ini diadakan adalah untuk:
a. Melahirkan anak muda muslim yang ideal dalam mengislamisasikan fitrah mengikut acuan zaman;

b. Membantu anak muda melihat potensi-potensi yang ada dalam diri mereka;
c. Melahirkan anak muda Islam yang ideal dari segi intelektual, spiritual dan sahsiah;
d. Menjadi platform perkongsian ilmu dan amal dalam suasana ‘peer cantered learning’ yang bersifat lebih santai berbanding perkongsian kuliah ilmu semata-mata.

Sabtu, November 26, 2011

Doa akhir tahun dan awal tahun


Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


Jumaat, November 25, 2011

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Rabu, November 23, 2011


Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Sabtu, November 19, 2011

Program Khidmat Komuniti oleh Pelajar Institiut Perkembangan Minda UiTM Shah Alam


Tn Hj Yasim sedang menyampaikan ceramah


Tarikh : 5 November 2011 Bersamaan 9 Zulhijjah 1432H
Tempat : Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.
Penceramah : Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana
Program : Khidmat Komuniti oleh Pelajar Institiut Perkembangan Minda UiTM Shah Alam 

Sabtu, November 12, 2011

Program Korban Perdana Masjid As-Salam 2011 / 1432 Hijrah


Nazir Masjid As-Salam Tn Hj Yasim Mohamed  menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum program bermula
 


Petugas dan sukarelawan Program Korban sedang meng"amin"kan doa untuk kesejahteraan

Puchong, 6 Nov 2011: Alhamdulillah.  Segala puji-pujian itu hanyalah kepada Allah Tuhan pentadbir dan ampunya sekalian alam.  Tuhan yang telah memungkinkan satu lagi program berskala besar iaitu Program Korban Perdana 2011 yang berlangsung dengan jayanya di perkarangan Masjid As Salam Puchong Perdana.
 

Selasa, November 08, 2011

Ceramah Pengurusan Jenazah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana


Ustaz Haji Mohd Atiq dan En. Ery sedang menyampaikan ceramah
  Ceramah Pengurusan Jenazah di SMKPP telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Atiq (Imam Masjid As-Salam Puchong Perdana) dan En Ery Sudirman Basri ( Pegawai Khas Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana) pada 31hb Oktober di Surau SMKPP.

Masjid As-Salam Puchong Perdana di TV Al-Hijrah

Jumaat, November 04, 2011

Bersama kita membantu rakyat Palestin...

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong 2011 berjalan lancar


PUCHONG PERDANA 3 Nov. - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pagi tadi telah berlangsung sesi Peperiksaan Setara PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Kawasan Puchong 2011 di Dewan Kuliah Masjid As Salam Puchong Perdana.

Semua PASTI di dalam Kawasan Puchong sebanyak 12 buah telah mengambil bahagian dengan menghantar 2 orang pelajar bagi setiap tahap. Jumlah keseluruhan pelajar adalah 48 orang.

Selasa, November 01, 2011

Personaliti TV menambahkan lagi kemeriahan Program Bicara As-Salam Siri 04


Prof Dr Muhaya Mohammad dan Dr Robiah K. Hamzah bersama Nazir Masjid As-Salam di Program Ilmu Bicara As-Salam Siri 04

Tarikh 29 Oktober 2011, sekali lagi telah mencatatkan sejarah dan cerita yang tersendiri Masjid As-Salam Puchong Perdana.  Dengan izin Allah s.w.t. program ilmu Bicara As-Salam siri 4/2011 telah berlangsung dalam suasana yang hebat, ceria dan santai.  Namun begitu, sehebat dan serapi mana pun perancangan yang diatur, jika tiadanya elemen kerjasama, komitmen, kesungguhan, keazaman yang tinggi, sambutan dari para penggemar ilmu dan pastinya berpaksi dengan izin dan pertolongan Allah, program berskala besar ini pasti tidak akan mencernakan kejayaan yang diimpikan.

Isnin, Oktober 31, 2011




Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


Isnin, Oktober 24, 2011

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Oktober 21, 2011

Kursus Pengucapan Awam / Public Speaking Course


Fasilitator kursus, Tn Hj Yasim Mohamed sedang memberi penerangan tentang menafaat dan kepentingan  mengikuti kursus Pengucapan Awam ini
 

Majlis Mesyuarat Pengerusi dan Setiausaha Surau-surau kariah Masjid As-Salam

Tuan Nazir mempengerusikan mesyuarat bersama Pengerusi dan S/U surau-surau

Isnin, Oktober 17, 2011

Kita Lebih Memilih Cawan, Bukan Airnya!

   SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Khamis, Oktober 13, 2011

Warta Perdana: Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Oktober 07, 2011

Walaupun sederhana Majlis Jamuan Hari Raya tetap meriah

Tuan Nazir Masjid As-Salam bersama setiausaha Masjid sedang menyampaikan duit hari raya kepada kanak-kanak yang hadir di majlis tersebut


Rabu, September 28, 2011

Lebih 10 ribu orang jemaah hadir mendengar kuliah Maghrib Ust Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana

Disegenap penjuru dewan solat penuh sesak dengan jemaah yang sedang tekun mengikuti kuliah

Para jemaah yang tak dapat masuk ke dewan solat mendengar ceramah di perkarangan masjid melalui screen besar

Jumaat, September 16, 2011

Ustaz Azhar Idrus…satu fenomena!


Ribuan jemaah hadir untuk mendengar kuliah Ust Azhar di Masjid Negeri Shah Alam Julai lalu

Khamis, September 08, 2011

Ahad, September 04, 2011

Ribuan jemaah hadir bersolat sunat Hari Raya Aidil Fitri 2011 di Masjid As-Salam

Khutbah Hari Raya Aidil Fitri disampaikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana

Khamis, Ogos 25, 2011

Majlis Penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim berjalan dengan penuh meriah

En Ahmad Tarmizi Hairiri               Tn Hj Yasim Mohamed

 Majlis Penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dan asnaf zakat kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diadakan di Perkarangan Masjid As-Salam Puchong Perdana pada hari Sabtu 13hb Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432 Hijrah.

Khamis, Ogos 18, 2011

Sheikh Maher Hasan al Munajjed di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 21 Ogos 2011

Sheikh Maher Al Munajjed



Keinsafan Ramadhan Bersama Huffaz Palestin: Mereka dikuasai al-Quran!


Ramadhan terus membawa nikmat dan rahmat yang tidak terhitung. Setiap orang beriman samada kanak-kanak mahupun dewasa, lelaki atau wanita, berlumba-lumba meraih kebaikan dan keampunan Allah. Mereka amat yakin bahawa walaupun setiap amal yang diusahakan itu mungkin tidak begitu kelihatan manfaatnya di dunia ini, Allah akan tetap memberi ganjaran berganda-ganda di akhirat kelak

Selasa, Ogos 16, 2011

Catitan Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim selepas menyampai tazkirah di Masjid As-Salam Puchong Perdana


Dewan solat penuh. Mereka mahu solat terawih tetapi terpaksa mendengar tazkirah saya. Mudah-mudahan ia memberi manfaat.

 Idea asal, kami bercuti seminggu, tinggal di Kondo Kemuncak, solat terawih di Masjid Negeri, menulis dan pastikan beberapa urusan perpindahan dapat diselesaikan.


Kita merancang, Allah menentukannya.

Akhirnya, jadual saya penuh sehinggalah hari terakhir mahu meninggalkan Terengganu. Kakak saya berkata, “Mil, penuhilah harapan orang Besut”. Beliau bercerita bagaimana seorang pengetua berkata, “ikutlah masa mana, asalkan dia mahu datang ke sekolah kita”.

Maka siapalah saya untuk menolak permintaan tersebut hanya berdasarkan mahu “berehat-rehat” sebelum meninggalkan Malaysia. Niat untuk “berehat-rehat” di Besut tidak diizin Allah. Dia mahu saya melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Ajaib, bila Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana menulis SMS, “……. para jemaah tersangat rindu untuk menemui prof, diharap prof tidak menghampakan permintaan ini,” saya terus mahu menjawab, “mohon maaf, saya dalam kesibukan yang amat sangat”.

Ahad, Ogos 14, 2011

Suasana Mesyuarat Agong Tahunan ke-2, Julai 2011


Tuan Nazir sedang memberi ucapan alu-aluan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-2  Julai lalu

Grab this Widget ~ Blogger Accessories