Sabtu, Disember 25, 2010

Program Wacana Ilmu membuka minda jemaah

Puchong 11 Dis 2010; Masjid As-Salam Puchong Perdana buat pertama kalinya mengadakan majlis Wacana Ilmu dengan mendatangkan dua orang panelis iaitu Prof Madya Dr Supyan b. Hussin dari Fakulti Sains Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ustaz Ramli b. Sidom Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam


Tajuk Wacana Ilmu kali ini ialah " Peranan Institusi Masjid dalam masyarakat pelbagai kaum; Realiti, Cabaran dan Harapan". Moderator Wacana ini ialah Tuan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.



Ustaz Ramli Sidom, Pegawai Penyelaras Masjid JAIS

Moderator telah mengemukakan soalan-soalan kepada ahli panel berkisar kepada Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh masjid, realiti sebenar masjid di Negeri selangor, apakah cabaran-cabaran yang menghalang pembangunan sesebuah masjid khususnya dari sudut pentadbiran dan apakah harapan JAIS dalam membangun masjid dan surau di Negeri Selangor ini.
Prof Madya Dr Supyan b Hussin, UKM

Institusi Masjid di Malaysia perlu diperkasakan. Setelah merdeka, masjid-masjid dan surau-surau telah menjadi tempat peribadatan orang-orang Melayu. Istilah peribadatan digunakan kerana upacara-upacara yang khas berkaitan agama dijalankan di situ.

Namun, peranan institusi tersebut menjangkau lebih daripada itu, sepertimana yang ditujukkan oleh Rasulullah saw. Masjid pada zaman baginda menjadi pusat kegiatan kehidupan umat Islam. Di situlah berlakunya pendidikan, perniagaan, rundingan-rundingan penting dan pembuatan dasar bagi kerajaan Isla pada ketika itu.

Kini, peranan masjid disempitkan dan terdapat orang-orang Islam juga terkeliru apakah skop bidang yang masjid perlu berperanan. Kekeliruan ini perlu diperbetulkan dan itu merupakan antara peranan jawatankuasa masjid dan surau.

Kerajaan Selangor telah membuat satu perubahan dalam perlantikan jawatankuasa masjid-masjid yang kebiasaannya ditentukan oleh parti politik. Hari ini, jawatankuasa dipilih oleh ahli kariah dan syarat kelayakan bagi mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan.


Masjid As-Salam Puchong Perdana merupakan masjid yang juga mengalami pembaharuan tersebut. Jawatankuasa yang baru telah mengorak langkah membawa re-branding kepada peranan masjid. Usaha berat ini sudah tentu berdepan dengan cabarannya yang tersendiri; orang-orang lama yang pada suatu masa berpengaruh kini mencabar JK baru untuk lakukan yang lebih baik. Sudah menjadi sunnah sejak zaman berzaman, setiap yang baik akan diuji akan kebaikannnya.


Syabas diucapkan kepada JK Masjid-masjid yang baru, semoga diberi kekuatan untuk merealisasikan peranan masjid yang lebih luas.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories