Jumaat, Disember 10, 2010

Makluman Pembatalan As Salam Half Marathon Men 2010 (10 km)

Bagi pihak Masjid As-Salam dan seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana program di atas, dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa program tersebut yang dijadualkan pada 12 Disember 2010 (Ahad) terpaksa dibatalkan kerana bilangan penyertaan yang rendah.


Untuk makluman, bagi memastikan pelaksanaan terbaik bagi program ini, perkara-perkara berikut telah dilaksanakan: -
· Mempromosi program ini menerusi hebahan lisan Tuan Nazir semasa solat Jumaat dan Solat Sunat Aidil Adha yang yang lalu;
· Memasukkan maklumat program di dalam blog Masjid bahkan para peserta yang berminat boleh download borang tersebut;
· Memberi tempoh promosi satu bulan (1 – 30 November 2010) bagi memberi peluang para peserta untuk menghantar borang penyertaan;
· Menggantung 23 banner di sekitar kawasan Puchong, Seri Kembangan, Seri Serdang dan Kinrara;
· Mengedarkan 900 phamplet menerusi edaran surat khabar di sekitar Puchong;
· Pengedaran borang menerusi hampir 10 stesen sevis Petronas di sekitar Puchong, Caltex Puchong Perdana dan Esso Puchong Perdana;
· Pengedaran borang menerusi restoren Alfa Maju dan Restoren ABC, Puchong Prima;
· Menerusi surau-surau di sekitar kariah Masjid; dan
· Kuil-kuil Hindu sekitar Puchong.

Sebanyak 1,200 borang penyertaan telah dicetak dan diedarkan di banyak kawasan stategik.

Bagi melaksanakan program ini juga, kami telah mendapat bantuan dan sokongan yang amat baik dari Majlis Perbandaran Subang Jaya, Ibu Pejabat Daerah Polis, Subang Jaya dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Kami juga telah mendapat pengesahan tajaan dari Nestle (minuman Milo percuma) dan Gardenia (roti percuma untuk sarapan pagi). Selain itu, kami juga telah menerima komitmen bantuan kewangan dari pimpinan politik Puchong (YB Teresa Kok dan YB Gobind Singh Deo) tidak termasuk sumbangan korporat dari UDA Holdings Berhad. Kami turut menerima banyak komitmen dari kalangan anak kariah Masjid yang sudi dan telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan program.


Kami juga memohon maaf kepada golongan peniaga kecil yang telah menunjukkan minat untuk untuk berniaga semasa program ini berlangsung.

Kami ingin merakamkan perhargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah berusaha bertungkus lumus (khususnya Jawatankuasa Pelaksana) bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Namun, kami akur dengan ketentuan Allah yang Maha Esa, kerana sehingga 1 Disember 2010, bilangan penyertaan muktamad yang kami terima hanyalah 88 orang peserta, jauh dari sasaran awal kami iaitu 500 orang peserta. Untuk rekod, mengikut komposisi kaum, penyertaan peserta Melayu adalah seramai 64 orang, 17 orang India dan 7 orang Cina.


Pasti banyak hikmah dan ilmu dapat kami pelajari dari pembatalan program ini. InsyaAllah, pihak Masjid akan merancang semula program ini pada tahun 2011 dengan beberapa pendekatan dan strategi yang yang lebih kemas, tersusun dan efektif. Kami amat berbesar hati mempelawa mana-mana anak kariah Masjid yang berpengalaman dalam program seumpama ini untuk tampil membantu pelaksanaan program yang akan datang.


Segala kesulitan yang telah di alami oleh mana-mana pihak berhubung pembatalan program amatlah kami kesali dan ribuan kemaafan jua kami pohon dari anda semua.


ROSLAN HANAPIAH
Pengarah Program

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I am sure this piece of writing has touched all the internet people,
its really really pleasant post on building up new website.


My webpage XRayTech Schools

Grab this Widget ~ Blogger Accessories