Sabtu, Disember 25, 2010

LAPORAN PROGRAM KHATAN PERDANA

Tuan Nazir sedang berucap mengalu-ngalukan tetamu yang hadir

Jawatan kuasa yang terlibat menganjurkan Program
Puchong, 20 Disember 2010: Masjid As-Salam Puchong Perdana bersama rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3 dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan Program Khatan Perdana bagi anak-anak asnaf, fakir dan miskin.

Persiapan bagi program ini telah dilakukan dengan lebih awal lagi supaya dapat berjalan dengan lebih lancar kerana ini merupakan program yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Pihak masjid telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang telah diketuai oleh En. Afizan.

Mesyuarat persiapan sedang berlangsung



Program ini telah dimulakan pada petang 19 Disember dengan pendaftaran peserta khatan yang datang dari segenap negeri Selangor bersama keluarga masing-masing. Pendaftaran yang diuruskan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor telah dibantu oleh beberapa pelajar dari sebuah kolej swasta.


Tuan Nazir sedang di temuramah oleh Wartawan TV9

Selepas sesi pendaftaran telah selesai, semua peserta dan keluarga mereka telah diberikan taklimat oleh En. Afizan, wakil Lembaga Zakat Selangor dan Dr. Farid. Pada sebelah malam selepas solat maghrib, para peserta seramai 57 orang telah diarak dengan paluan kompang dan diraikan dalam Majlis Marhaban dan Berzanji serta Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai Imam Masjid As-Salam, Ustaz Firdaus dan Ustaz Hafiz.

Kumpulan Marhaban daripada Subang Jaya turut memeriahkan majlis





Pada keesokan paginya iaitu 20 Disember 2010, selepas solat subuh berjemaah, siaran langsung Malaysia Hari Ini telah dijalankan tepat pukul 6.30 pagi. Antara pengacara yang terlibat dalam rancangan tersebut adalah Ally Iskandar, Fetri, dan Abby Fana. Program khatan perdana ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohamed Izam, CEO Lembaga Zakat Selangor. Selepas itu, para peserta telah diarak dengan paluan kompang dan telah disiram oleh pihak bomba yang telah dijemput. Kemudiannya para peserta telah di khatankan di dewan serbaguna masjid oleh sepasukan doktor seramai 5 orang. Rakaman M.H.I telah menyiarkan semua perjalanan program ini. Program ini telah tamat dengan jayanya pada pukul 12 tengah hari.

Sekian laporan daripada Muhd Zulfiqar Mustapa
AJK Program Khatan Perdana
Melaporkan untuk Masjid As-Salam







Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories