Jumaat, Disember 10, 2010

Laporan Ceramah Maal Hijrah di Surau Raayah dan Surau Al Ehsan Puchong Permai

Tuan Nazir menyampaikan ceramah di Surau Al-Ehsan Puchong Permai
]
Puchong. 6 Disember 2010: Ceramah Maal Hijrah oleh Nazir Masjid As-Salam yang dijemput AJK Surau Ar-Rakyaah dan Surau Al-Ehsan disampaikan dengan sempurna yang mana ceramah tersebut berkisar kepada pengertian sebenar Sambutan Maal Hijrah.

Di dalam ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Yasim memberi pengenalan kepada bulan-bulan Islam dan seterusnya menceritakan akan kronologi peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W yang bermula dengan peristiwa yang berlaku dirumah Rasullulah S.A.W.


Peristiwa tersebut bemula dari rumah baginda yang mana pakatan orang-orang kafir Quraish mengatur untuk membunuh baginda dan Allah S.W.T menghindar berlakunya peristiwa tersebut dengan memberi Rasulullah jalan dan cara untuk keluar dari rumah baginda .


Ceramah Maal Hijrah di Surau Al Ehsan Puchong Permai

Dengan bantuan Amir bin Fuhairah pengembala kambing yang Rasulullah S.A.W temui dalam perjalanan ke Gua Thur. Bantuan Amir bin Fuhairah dengan memadam tapak kaki Baginda dan Sahabat Baginda Saidina Abu Bakar R.A dalam perjalanan ke Gua Thur diusahakan oleh beliau bagi mengaburi pakatan orang-orang kafir Quraish untuk menjejaki baginda. .

Ceramah Tuan Nazir di Surau Raayah Puchong Permai


Banyak pengajaran yang dipetik dalam ceramah tersebut . Dalam ceramah tersebut Tuan Haji Yasim ada menceritakan perjalanan baginda ke Madinah yang membawa kepada kemenangan dan perkembangan Agama Islam. Beliau juga ada memetik beberapa petikan sejarah dengan strategi Rasulullah mengukuhkan kedudukan Islam dan Umat Islam di Madinah.

Antara strategi tersebut adalah mengikat tali persaudaraan diantara golongan Muhajirin dan Ansar. Setelah beberapa lama berjalan dalam proses penghijrahan tersebut, maka setibanya Rasulullah S.A.W di Madina baginda disambut secara besar-besaran oleh penduduk Madinah.

Maka dari Peristiwa Penghijrahan tersebut bemulalah era baru dalam perkembangan dakwah dan nur Islam di seluruh semenanjung Arab dan keserata dunia yang dikembangkan oleh Baginda, para Sahabat dan para Anbia dan para Ulama.

Kesimpulan daripada Ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Yasim Mohamed - Maksud Hijrah yang dikupas oleh beliau:-

1. Hati (Hijrah Hati)
2. Ilmu (Tingkatkan Ilmu)
3. Jihad ( Berjihad melawan hawa nafsu dan dakyah musuh Islam)
4. Rajin ( Rajin berusaha untuk mengubah diri)
5. Amal (mempertingkatkan amalan)
6. Hindarkan (menghindarkan diri daripada maksiat)

Penganugerahan Hijrah yang diberikan oleh Allah S.W.T memberi banyak makna dan perlu diserapkan dan diunjurkan kearah kebaikan kepada generasi akan datang supaya penghayatan HIJRAH itu berhasil dengan peningkatan dan penghayatan yang konsisten dalam melahirkan masyarakat yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.

Sekian Laporan dari Ery Sudirman Basri
Pegawai Khas Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Gambar Surau Ar-Rakyaah

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories