Sabtu, Disember 25, 2010

Program MHi TV3 bersiaran dari Masjid As-Salam Puchong Perdana

Tuan Nazir dan CEO Lembaga Zakat Selangor menjadi tetamu dalam Program MHI TV3 pada 20/12/2010
Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam bersama Hj Mohd Izam ditemu bual oleh wartawan TV3

Kumpulan Qasidah turut serta memeriahkan majlis

Pertukaran cendera hati di antara Masjid As-Salam dan Lembaga Zakat Selangor



Pengacara TV3 Fetri dan Abby mengendalikan temu bual dalam Program MHi tersebut

Pegawai daripada Lembaga Zakat Selangor sedang memberi taklimat kepada peserta berkhatan




Jabatan bomba turut dijemput untuk membuat pancutan air hujan kepada peserta berkhatan

Peserta berkhatan dimandikan dengan pancutan air hujan Jabatan Bomba


Peserta berkhatan diarak beramai-ramai sebelum bermandikan pancutan air hujan tiruan





LAPORAN PROGRAM KHATAN PERDANA

Tuan Nazir sedang berucap mengalu-ngalukan tetamu yang hadir

Jawatan kuasa yang terlibat menganjurkan Program
Puchong, 20 Disember 2010: Masjid As-Salam Puchong Perdana bersama rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3 dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan Program Khatan Perdana bagi anak-anak asnaf, fakir dan miskin.

Persiapan bagi program ini telah dilakukan dengan lebih awal lagi supaya dapat berjalan dengan lebih lancar kerana ini merupakan program yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Pihak masjid telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang telah diketuai oleh En. Afizan.

Mesyuarat persiapan sedang berlangsung



Program ini telah dimulakan pada petang 19 Disember dengan pendaftaran peserta khatan yang datang dari segenap negeri Selangor bersama keluarga masing-masing. Pendaftaran yang diuruskan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor telah dibantu oleh beberapa pelajar dari sebuah kolej swasta.


Tuan Nazir sedang di temuramah oleh Wartawan TV9

Selepas sesi pendaftaran telah selesai, semua peserta dan keluarga mereka telah diberikan taklimat oleh En. Afizan, wakil Lembaga Zakat Selangor dan Dr. Farid. Pada sebelah malam selepas solat maghrib, para peserta seramai 57 orang telah diarak dengan paluan kompang dan diraikan dalam Majlis Marhaban dan Berzanji serta Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai Imam Masjid As-Salam, Ustaz Firdaus dan Ustaz Hafiz.

Kumpulan Marhaban daripada Subang Jaya turut memeriahkan majlis





Pada keesokan paginya iaitu 20 Disember 2010, selepas solat subuh berjemaah, siaran langsung Malaysia Hari Ini telah dijalankan tepat pukul 6.30 pagi. Antara pengacara yang terlibat dalam rancangan tersebut adalah Ally Iskandar, Fetri, dan Abby Fana. Program khatan perdana ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohamed Izam, CEO Lembaga Zakat Selangor. Selepas itu, para peserta telah diarak dengan paluan kompang dan telah disiram oleh pihak bomba yang telah dijemput. Kemudiannya para peserta telah di khatankan di dewan serbaguna masjid oleh sepasukan doktor seramai 5 orang. Rakaman M.H.I telah menyiarkan semua perjalanan program ini. Program ini telah tamat dengan jayanya pada pukul 12 tengah hari.

Sekian laporan daripada Muhd Zulfiqar Mustapa
AJK Program Khatan Perdana
Melaporkan untuk Masjid As-Salam







Program Wacana Ilmu membuka minda jemaah

Puchong 11 Dis 2010; Masjid As-Salam Puchong Perdana buat pertama kalinya mengadakan majlis Wacana Ilmu dengan mendatangkan dua orang panelis iaitu Prof Madya Dr Supyan b. Hussin dari Fakulti Sains Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ustaz Ramli b. Sidom Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam


Tajuk Wacana Ilmu kali ini ialah " Peranan Institusi Masjid dalam masyarakat pelbagai kaum; Realiti, Cabaran dan Harapan". Moderator Wacana ini ialah Tuan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.



Ustaz Ramli Sidom, Pegawai Penyelaras Masjid JAIS

Moderator telah mengemukakan soalan-soalan kepada ahli panel berkisar kepada Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh masjid, realiti sebenar masjid di Negeri selangor, apakah cabaran-cabaran yang menghalang pembangunan sesebuah masjid khususnya dari sudut pentadbiran dan apakah harapan JAIS dalam membangun masjid dan surau di Negeri Selangor ini.
Prof Madya Dr Supyan b Hussin, UKM

Institusi Masjid di Malaysia perlu diperkasakan. Setelah merdeka, masjid-masjid dan surau-surau telah menjadi tempat peribadatan orang-orang Melayu. Istilah peribadatan digunakan kerana upacara-upacara yang khas berkaitan agama dijalankan di situ.

Namun, peranan institusi tersebut menjangkau lebih daripada itu, sepertimana yang ditujukkan oleh Rasulullah saw. Masjid pada zaman baginda menjadi pusat kegiatan kehidupan umat Islam. Di situlah berlakunya pendidikan, perniagaan, rundingan-rundingan penting dan pembuatan dasar bagi kerajaan Isla pada ketika itu.

Kini, peranan masjid disempitkan dan terdapat orang-orang Islam juga terkeliru apakah skop bidang yang masjid perlu berperanan. Kekeliruan ini perlu diperbetulkan dan itu merupakan antara peranan jawatankuasa masjid dan surau.

Kerajaan Selangor telah membuat satu perubahan dalam perlantikan jawatankuasa masjid-masjid yang kebiasaannya ditentukan oleh parti politik. Hari ini, jawatankuasa dipilih oleh ahli kariah dan syarat kelayakan bagi mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan.


Masjid As-Salam Puchong Perdana merupakan masjid yang juga mengalami pembaharuan tersebut. Jawatankuasa yang baru telah mengorak langkah membawa re-branding kepada peranan masjid. Usaha berat ini sudah tentu berdepan dengan cabarannya yang tersendiri; orang-orang lama yang pada suatu masa berpengaruh kini mencabar JK baru untuk lakukan yang lebih baik. Sudah menjadi sunnah sejak zaman berzaman, setiap yang baik akan diuji akan kebaikannnya.


Syabas diucapkan kepada JK Masjid-masjid yang baru, semoga diberi kekuatan untuk merealisasikan peranan masjid yang lebih luas.

Jumaat, Disember 24, 2010

"SEKOLAH CEMERLANG PSRA-SRA BATU 13, PUCHONG CEMERLANG LIMA TAHUN BERTURUT-TURUT"

Sekolah Rendah Agama Batu 13, Puchong mencatat sejarah lagi apabila diisytiharkan sebagai sekolah cemerlang peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi lima tahun berturut-turut dengan mencatat peratus pelajar lulus sebanyak 92.6% dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.76.

Demikian diumumkan oleh Sahibus Saadah Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor, Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi di Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi Tahun 2010 pada 11 November, 2010 di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor), Shah Alam.

Puan Hazsmy Zsa binti Hamzah, Guru Besar sekolah berkenaan ketika ditemui berkata kerjasama dan komitmen yang tinggi pelbagai pihak termasuk guru, murid, ibubapa dan PIBG menjadi azimat kepada kejayaan sekolah berkenaan.

Keprihatinan PIBG dan ibubapa dalam mengambil berat perkembangan pembelajaran murid-murid juga menyumbang kepada kejayaan sekolah berkenaan. Kelas tambahan dan latih tubi diadakan sejak murid di tahun satu. Di samping sentiasa memohon doa dan keberkatan dunia dan akhirat.

Sementara itu, Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin, Gombak menerima anugerah Sekolah Cemerlang dalam kategori SRAI dengan mencatat 98.8% pelajar lulus dengan pencapaian GPS 1.72. Kategori KAFAI dianugerahkan kepada KAFAI AU4, Taman Seri Keramat Tengah dengan pencapaian 95.9% dengan GPS 1.77 dan Kategori SWASTA diberikan kepada Madrasah Ummah Damai, Hulu Langat dengan pencapaian 100% lulus dengan GPS 1.49.
Sijil-sijil disampaikan oleh Sahibus Saadah, Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor.

Turut hadir di majlis tersebut Tuan Haji Ali bin Mohammed, Timbalan Pengarah, JAIS, Encik Zul Azli bin Ismail, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan `Tuan Haji Mohd Amir bin Haji Danuri, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam, JAIS.

Khamis, Disember 23, 2010

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Shahril Long

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Isnin, Disember 20, 2010

Sanggul Wanita: Tegahan daripada Hadith Nabi s.a.w

Diluar sana, terdapat berbagai fesyen dan jenis tudung yang dipakai oleh para muslimah yang ada diantaranya tidak menepati syariat. Contohnya adalah sepertimana lampiran: -

Tudung ala biarawati (kelihatan bentuk leher)

Tudung dengan sanggul "bonggol unta"

Tudung, tetapi dengan baju lengan pendek dan/atau berseluar ketat.


Semoga kita lebih peka dan prihatin seruan dan perintah Allah dan RasulNya.
_______________________________________________


Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. (Al-Ahzab 33:59)
_______________________________________________


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An-Nur 24:31)

_______________________________________________



Khamis, Disember 16, 2010

Jumaat, Disember 10, 2010

Laporan Ceramah Maal Hijrah di Surau Raayah dan Surau Al Ehsan Puchong Permai

Tuan Nazir menyampaikan ceramah di Surau Al-Ehsan Puchong Permai
]
Puchong. 6 Disember 2010: Ceramah Maal Hijrah oleh Nazir Masjid As-Salam yang dijemput AJK Surau Ar-Rakyaah dan Surau Al-Ehsan disampaikan dengan sempurna yang mana ceramah tersebut berkisar kepada pengertian sebenar Sambutan Maal Hijrah.

Di dalam ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Yasim memberi pengenalan kepada bulan-bulan Islam dan seterusnya menceritakan akan kronologi peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W yang bermula dengan peristiwa yang berlaku dirumah Rasullulah S.A.W.


Peristiwa tersebut bemula dari rumah baginda yang mana pakatan orang-orang kafir Quraish mengatur untuk membunuh baginda dan Allah S.W.T menghindar berlakunya peristiwa tersebut dengan memberi Rasulullah jalan dan cara untuk keluar dari rumah baginda .


Ceramah Maal Hijrah di Surau Al Ehsan Puchong Permai

Dengan bantuan Amir bin Fuhairah pengembala kambing yang Rasulullah S.A.W temui dalam perjalanan ke Gua Thur. Bantuan Amir bin Fuhairah dengan memadam tapak kaki Baginda dan Sahabat Baginda Saidina Abu Bakar R.A dalam perjalanan ke Gua Thur diusahakan oleh beliau bagi mengaburi pakatan orang-orang kafir Quraish untuk menjejaki baginda. .

Ceramah Tuan Nazir di Surau Raayah Puchong Permai


Banyak pengajaran yang dipetik dalam ceramah tersebut . Dalam ceramah tersebut Tuan Haji Yasim ada menceritakan perjalanan baginda ke Madinah yang membawa kepada kemenangan dan perkembangan Agama Islam. Beliau juga ada memetik beberapa petikan sejarah dengan strategi Rasulullah mengukuhkan kedudukan Islam dan Umat Islam di Madinah.

Antara strategi tersebut adalah mengikat tali persaudaraan diantara golongan Muhajirin dan Ansar. Setelah beberapa lama berjalan dalam proses penghijrahan tersebut, maka setibanya Rasulullah S.A.W di Madina baginda disambut secara besar-besaran oleh penduduk Madinah.

Maka dari Peristiwa Penghijrahan tersebut bemulalah era baru dalam perkembangan dakwah dan nur Islam di seluruh semenanjung Arab dan keserata dunia yang dikembangkan oleh Baginda, para Sahabat dan para Anbia dan para Ulama.

Kesimpulan daripada Ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Yasim Mohamed - Maksud Hijrah yang dikupas oleh beliau:-

1. Hati (Hijrah Hati)
2. Ilmu (Tingkatkan Ilmu)
3. Jihad ( Berjihad melawan hawa nafsu dan dakyah musuh Islam)
4. Rajin ( Rajin berusaha untuk mengubah diri)
5. Amal (mempertingkatkan amalan)
6. Hindarkan (menghindarkan diri daripada maksiat)

Penganugerahan Hijrah yang diberikan oleh Allah S.W.T memberi banyak makna dan perlu diserapkan dan diunjurkan kearah kebaikan kepada generasi akan datang supaya penghayatan HIJRAH itu berhasil dengan peningkatan dan penghayatan yang konsisten dalam melahirkan masyarakat yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.

Sekian Laporan dari Ery Sudirman Basri
Pegawai Khas Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Gambar Surau Ar-Rakyaah

Makluman Pembatalan As Salam Half Marathon Men 2010 (10 km)

Bagi pihak Masjid As-Salam dan seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana program di atas, dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa program tersebut yang dijadualkan pada 12 Disember 2010 (Ahad) terpaksa dibatalkan kerana bilangan penyertaan yang rendah.


Untuk makluman, bagi memastikan pelaksanaan terbaik bagi program ini, perkara-perkara berikut telah dilaksanakan: -
· Mempromosi program ini menerusi hebahan lisan Tuan Nazir semasa solat Jumaat dan Solat Sunat Aidil Adha yang yang lalu;
· Memasukkan maklumat program di dalam blog Masjid bahkan para peserta yang berminat boleh download borang tersebut;
· Memberi tempoh promosi satu bulan (1 – 30 November 2010) bagi memberi peluang para peserta untuk menghantar borang penyertaan;
· Menggantung 23 banner di sekitar kawasan Puchong, Seri Kembangan, Seri Serdang dan Kinrara;
· Mengedarkan 900 phamplet menerusi edaran surat khabar di sekitar Puchong;
· Pengedaran borang menerusi hampir 10 stesen sevis Petronas di sekitar Puchong, Caltex Puchong Perdana dan Esso Puchong Perdana;
· Pengedaran borang menerusi restoren Alfa Maju dan Restoren ABC, Puchong Prima;
· Menerusi surau-surau di sekitar kariah Masjid; dan
· Kuil-kuil Hindu sekitar Puchong.

Sebanyak 1,200 borang penyertaan telah dicetak dan diedarkan di banyak kawasan stategik.

Bagi melaksanakan program ini juga, kami telah mendapat bantuan dan sokongan yang amat baik dari Majlis Perbandaran Subang Jaya, Ibu Pejabat Daerah Polis, Subang Jaya dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Kami juga telah mendapat pengesahan tajaan dari Nestle (minuman Milo percuma) dan Gardenia (roti percuma untuk sarapan pagi). Selain itu, kami juga telah menerima komitmen bantuan kewangan dari pimpinan politik Puchong (YB Teresa Kok dan YB Gobind Singh Deo) tidak termasuk sumbangan korporat dari UDA Holdings Berhad. Kami turut menerima banyak komitmen dari kalangan anak kariah Masjid yang sudi dan telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan program.


Kami juga memohon maaf kepada golongan peniaga kecil yang telah menunjukkan minat untuk untuk berniaga semasa program ini berlangsung.

Kami ingin merakamkan perhargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah berusaha bertungkus lumus (khususnya Jawatankuasa Pelaksana) bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Namun, kami akur dengan ketentuan Allah yang Maha Esa, kerana sehingga 1 Disember 2010, bilangan penyertaan muktamad yang kami terima hanyalah 88 orang peserta, jauh dari sasaran awal kami iaitu 500 orang peserta. Untuk rekod, mengikut komposisi kaum, penyertaan peserta Melayu adalah seramai 64 orang, 17 orang India dan 7 orang Cina.


Pasti banyak hikmah dan ilmu dapat kami pelajari dari pembatalan program ini. InsyaAllah, pihak Masjid akan merancang semula program ini pada tahun 2011 dengan beberapa pendekatan dan strategi yang yang lebih kemas, tersusun dan efektif. Kami amat berbesar hati mempelawa mana-mana anak kariah Masjid yang berpengalaman dalam program seumpama ini untuk tampil membantu pelaksanaan program yang akan datang.


Segala kesulitan yang telah di alami oleh mana-mana pihak berhubung pembatalan program amatlah kami kesali dan ribuan kemaafan jua kami pohon dari anda semua.


ROSLAN HANAPIAH
Pengarah Program

Isnin, Disember 06, 2010

Program Wacana Ilmu


Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Salam Maal Hijrah 1432H / 2010M


Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.


Khamis, Disember 02, 2010

Laporan Summer Camp: Program Pemantapan Aqidah dan Sahsiah Remaja Musim Cuti Sekolah




Sudah hampir 2 minggu musim cuti persekolahan hujung tahun sudah berlalu, pada masa ini setiap keluarga yang mempunyai anak –anak yang bersekolah khususnya, sudah tentu telah merancang atau mencari-cari apakah aktiviti yang berfaedah untuk anak mereka sepanjang musim cuti sekolah selama sebulan ini.


Setiap ibu bapa semestinya tidak mahu akan anak-anak mereka ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah yang berkemungkinan sedikit sebanyak boleh mengundang bahaya atau menyumbang ke arah gegala sosial yang tidak baik.

Bagi mengelakkan perkara seupama ini terjadi, maka setiap ibu bapa itu perlulah merancang dengan betul dan teliti apa yang baik untuk mengisi masa lapang anak-anak mereka.



Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap institusi kekeluargaan ini, Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Masjid As-Salam telah menganjurkan program khas Pemantapan Aqidah dan Sahsiah Remaja yang berkonsepkan “SUMMER CAMP”.



Ianya program yang boleh dikatakan menjerumus ke arah motivasi, program yang berlansung selama dua hari satu malam itu diadakan pada 27 dan 28 November yang lalu.





Dengan penyertaan seramai 48 orang yang terdiri dari anak-anak kariah dibawah Masjid As-Salam, program ini cukup memberi impak yang mendalam kepada setiap peserta yang menyertainya, malahan ia juga telah turut memberi kesan kepada ibu bapa peserta tersebut.

Didalam penganjuran program ini, pihak Masjid As-Salam telah berkerjasama dengan sebuah syarikat yang cukup berpengalaman dan dikenali iaitu BMQ (Brilliance Management Qalbu)






Sepanjang program berlansung, setiap peserta diberi penekanan supaya sentiasa berusaha menjadi insan yang cemerlang dan berjaya didalam hidup samada dari sudut agama dan juga akademik.



Peserta juga turut diberi kesedaran yang cukup mendalam akan kepentingan menghormati ibu bapa, pendedahan berkenaan pengorbanan ibu bapa didalam slot “Dibawah Lembayang Kasih Ibu” telah berjaya menimbulkan rasa keinsafan terhadap diri peserta, ianya boleh dilihat pada diri setiap peserta yang kebanyakkannya menitis air mata apabila pendedahan tersebut diberi kepada mereka.



Malahan mereka juga telah meluahkan perasaan ikhlas cinta dan kasih mereka itu pada helaian kertas dengan ucapan yang boleh menyentuh setiap perasaan individu yang membacanya, khususnya individu yang bergelar ibu dan bapa.



Bukan hanya setakat itu sahaja, ibu bapa juga telah diberi pendedahan yang sama akan kepentingan dan peranan dalam mendidik anak-anak. Didalam slot “Plano dan Resolusi Slot Bersama Waris”, pihak BMQ sedikit sebanyak cuba untuk menimbulkan kesedaran dalam diri ibu bapa untuk lebih menghargai akan anugerah yang tidak ternilai oleh Allah SWT.


Ada dikalangan ibu bapa peserta tidak dapat menahan sebak hingga menitis air mata apabila sedikit demi sedikit kesedaran itu disampaikan kepada mereka. Sepanjang program, selain motivasi diri, tunjuk ajar tentang cara berwuduk serta solat yang betul juga diajar kepada peserta.

Solat berjemaah dan qiamullail turut diberi penekanan sama, Di penghujung program Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed telah diberi penghormatan oleh pihak BMQ untuk membuat ucapan penutup sekali gus menyampaikan sijil kepada setiap peserta.

Didalam ucapan Tuan Nazir, beliau berpesan kepada setiap ibu bapa agar sentiasa mengutamakan pendidikan agama kepada anak-anak, dan jangan terlalu mementingkan kejayaan dalam akademik semata-mata.

Ia adalah kerana setiap kecemerlangan dalam hidup itu datangnya dari khlak yang baik, walaupun seseorang itu berjaya didalam hidup dengan memegang jawatan besar, pasti ada masalah peribadi atau displin di tempat kerja dan tidak mustahil juga terlibat dengan masalah sosial seperti rasuah sekiranya akhlak tidak cemerlang.

Afizan B. Ibrahim,
Melaporkan untuk Masjid As-Salam
Grab this Widget ~ Blogger Accessories