Selasa, September 28, 2010

Sejarah tercipta di Masjid As-Salam Puchong Perdana

Father Leonard Lexson, Brother Micheal dan rombongan daripada Gereja Kristian Puchong disambut oleh Ustaz Khairudin (Imam) dan En Harun Nayan (AJK)

Puchong, 25 Sept - Masjid As-Salam Puchong Perdana sekali lagi mencipta sejarah kerana telah dapat mempertemukan Ketua-ketua Agama (Islam, Kristian, Hindu, Buddha) dan Pemimpin Parti Politik (Umno, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC) Kawasan Puchong di Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di pekarangan Masjid As-Salam Sabtu lalu.

Dalam ucapan alu-aluannya, Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemimpin Masyarakat yang menjadi tetamu VIP di Majlis tersebut.
Ini merupakan kali pertama Pengurusan Masjid As-Salam mengundang Ketua-ketua Agama dan Pemimpin Parti Politik dan masyarakat semua kaum untuk hadir di Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan.

Disamping membawa Misi Dakwah dikalangan berbagai kaum, Sambutan Hari Raya yang melibatkan semua kaum ini juga telah dengan sendirinya menterjemahkan Visi, Misi serta Motto Masjid As-Salam iaitu Pusat Pengembangan Budaya Toleransi serta Pengembangan Budaya Perdamaian.


Tn Nazir As-Salam menjelaskan sesuatu kepada Father Leonard Lexson, Padri Gereja Kristian Puchong berhubung bentuk kerjasama untuk program yang akan datang



Tuan Nazir dan AJk menyambut ketibaan YB Gobind Sighn Deo, Ahli Parlimen Puchong



Tuan Nazir mengiringi YB Dato' Satim dan isteri ke khemah VIP

YB Dato' Satim (ADUN Seri Serdang merangkap Ketua UMNO Bahagian Puchong) diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan


Ustaz Soffian Ismail, YDP PAS Kawasan Puchong sedang menyampaikan ucapan

YB Gobind Sighn Deo daripada DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong sedang menyampaikan ucapan

 
YB Gobind dan Tuan Nazir bergambar bersama AJK


Dr. Kannan (baju putih sebelah kiri Tuan Nazir), Pengerusi Kuil Hindu Maha Mariamman Puchong dan wakil MIC (berbaju coklat) sedang menikmati jamuan
YB Dato' Satim dan Nazir As-Salam bergambar kenang-kenangan bersama AJK


En Yusof Md Latiff, Ketua UMNO Cawangan Puchong Indah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan

Ustaz Soffian bersama rombongan sedang menikmati jamuan

 
Tuan Nazir, Dato' Satim dan beberapa orang Pemimpin UMNO Cawangan sedang berbual mesra berhubung perkembangan Masjid As-Salam


Ustaz Soffian dan rombongan diiring ke khemah VIP untuk menikmati jamuan



En Kalimuthu (berbaju biru), Wakil Kaum India daripada Apartment Seroja bergambar bersama AJK


 
Tuan Nazir As-Salam mengalu-ngalukan kehadiran tetamu di Majlis Sambutan Hari raya tersebut





Ustaz Khairudin bersama-sama dengan tetamu Brother Michael, Father Leonard Lexson dan wakil dari MCA Puchong

 
YB Gobind bergambar bersama AJK dan Tuan Nazir

 
YB Gobind, Tuan Nazir dan Pegawai Polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya sedang menikmati jamuan

Anggota rombongan daripada Gereja Kristian yang berdekatan sedang menikmati jamuan

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories