Selasa, September 07, 2010

Panduan balik kampung sempena Aidil Fitri

Penduduk di negeri Selangor dinasihatkan supaya mengisi borang pemberitahuan sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti perayaan.
Dengan mengisi borang tersebut, ia memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggal kosong.
 
Polis dapat menjalankan pengawasan di sekitar kediaman terbabit melalui sistem rondaan kawasan yang lebih fokus dan tertumpu, manakala orang awam dapat meninggalkan rumah mereka dengan lebih selesa tanpa terlalu memikirkan soal keselamatan harta benda mereka.
Kadar jenayah pecah rumah pada siang dan malam hari serta kecurian khususnya di musim perayaan dapat dibendung dengan berkesan sekiranya orang ramai bekerjasama dengan polis dengan memaklumkan ketiadaan mereka.– BERNAMA Tips Sebelum Pulang ke Kampung Halaman

1. Sebelum anda berangkat, pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap dikunciterbukti lebih berkesan. 
.
2. Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya. Jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya.
3. Gantikan kunci yang sudah uzur. Penggunaan kunci yang baik dan bermutu dapat mengurangkan kebarangkalian rumah anda dipecah masuk
4. Tinggalkan seberapa banyak selipar di hadapan rumah seolah-olah rumah tersebut didiami oleh ramai penghuni
5. Pasanglah CCTV atau penggera di tempat-tempat yang mudah kelihatan (sekalipun sebenarnya tidak berfungsi). Cara ini agak berkesan bagi menakutkan pencuri
6. Hentikan perkhidmatan penghantaran surat khabar, majalah dan sebagainya sepanjang anda bercuti bagi mengelakkan pencuri mengesan ketiadaan anda
7. Cabut kepala gas dan semua plag elektrik bagi mengelakkan kejadian kebakaran
8. Simpan barangan berharga yang tidak dibawa bersama (contohnya barang kemas) di tempat-tempat yang kurang dijangka pencuri. Contohnya di dalam balang gula, tin biskut dan sebagainya
9. Jika haiwan kesayangan tidak dibawa bersama, hantarkan ke pusat penjagaan. Elakkan dari kelaparan atau kecelakaan yang tidak dijangka
10. Elakkan memasang lampu luar sebelum keluar rumah. Lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah. Taktik membiarkan radio terpasang  Borang balik kampung. Sila klik disini

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories