Rabu, September 15, 2010

Majlis Penyampaian Sumbangan di Surau Pangsapuri Elina Puchong Prima


En Ahmad Shah dari Surau Al-Muqaddim Pangsapuri Lili menerima sumbangan daripada Nazir Masjid As-Salam

Puchong 6 Sept, Satu Majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan telah diadakan di Surau Pangsapuri Puchong Prima. Nazir Masjid As-Salam Tn Hj Yasim Mohamed telah hadir menyempurnakan majlis Penyampaian Sumbangan tersebut.

Menurut Ketua Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana En Harun Nayan, seramai 50 keluarga telah dikenal pasti layak menerima sumbangan tersebut. Hadir bersama dalam Majlis Penyampaian Sumbangan tersebut ialah En Abd Aziz b. Hassan, Pengerusi Surau Nurul Iman Pangsapuri Elina dan En Othman b. Bahari, Pengerusi Surau pangsapuri Melor dan En Ahmad Shah bin Tahir, wakil bagi Surau Al-Muqaddim Pangsapuri Lili.



Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed dalam ucapan ringkasnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Biro kebajikan Masjid As-Salam serta jawatankuasa Surau-surau yang telah memberi kerjasama dalam mengenalpasti mereka-mereka yang layak untuk menerima sumbangan daripada Masjid As-Salam ini.

Dari kiri En Aziz, En Ahmad Shah, En Harun Nayan, Hj Yasim Mohamed dan En Othman b. Bahari



Tn Nazir menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis tersebut

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories