Jumaat, September 03, 2010

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Calon UPSR Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (SKPP)

Pada 17 Julai 2010 yang lalu (Khamis), satu majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat SKPP telah dia adakan di dewan solat utama Masjid As Salam Puchong Perdana. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut di mana pihak sekolah dengan kerjasama Masjid As Salam menganjurkan program seumpama ini.

 

Pada tahun ini, seramai 352 orang calon dari SKPP (termasuk kira-kira 20 orang pelajar non-muslim) akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (“UPSR”) yang telah dijadualkan pada 21 – 23 September 2010.

Majlis pada tahun terpaksa diadakan lebih awal kerana kehadiran Ramadhan Al Mubarak dan Syawal 1431 Hijrah. Program ini telah mendapat sambutan kira-kira 400 orang iaitu para pelajar, guru-guru SKPP, ibu, bapa dan penjaga termasuklah anak kariah masjid.

Majlis ini telah di pengerusikan sendiri oleh Encik Roslan Hanapiah, Yang Di Pertua PIBG SKPP yang juga merupakan Pengerusi Biro Belia & Rekreasi Masjid As Salam. Keseluruhan program telah dipimpin oleh Tuan Imam Masjid As Salam, Ustaz Mohd Idris Saniman.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam dengan semua yang hadir menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.


Semoga Allah memberkati majlis ini dan mempermudah semua calon dalam menghadapi ujian akademik terbesar di peringkat sekolah rendah.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories