Ahad, September 26, 2010

LAPORAN PROGRAM KHATAM DAN SOLAT TASBIH MUSLIMAH PERDANA 2010

Salam Eidulfitri Al-Mubarak yang masih berbaki. Ramadhan yang lalu menjadi bulan tarbiyyah untuk semua umat Islam dalam menghayati kasih sayang Allah S.W.T. Insha’Allah, bersama-samalah kita benar-benar memohon kepada Allah agar kita terus diberi kekuatan untuk terus merasa nikmat beramal dibulan-bulan lain seperti kita beramal dibulan Ramadhan.

Pada 5 September 2010 bersamaan 26 Ramadhan 1431H, Biro Muslimah Masjid As-Salam telah menganjurkan Program Khatam dan Solat Tasbih Muslimah Perdana 2010.

Program ini merupakan program kemuncak bagi peserta-peserta tadarus diperingkat muslimah samada mewakili masjid, surau-surau di dalam kariah mahupun persendirian untuk ramadhan pada tahun ini.

Diantara objekif perlaksanaan program ini ialah mengimarah aktiviti bertadarus untuk menghidupkan Ramadhan di peringkat muslimat kariah masjid As-Salam, merapatkan ukhwwah Islamiyyah diantara muslimat kariah masjid As-Salam dan juga menjadi kesinambungan program tadarus dan khatam perdana pada tahun 2009

Jam 8.30 pagi dengan cuaca yang hujan sejak pada malamnya tidak menjadi halangan kepada muslimah-muslimah dikariah Masjid As Salam untuk hadir. Majlis telah dibuka oleh Pn Noor Hanim selaku Ketua Biro Muslimah pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran muslimah hampir 300 orang.

Nazir Masjid As Salam Tn Hj. Yasim Mohamed berkelapangan meluangkan masa bersama-sama di dalam majlis ini seterusnya merasmikan Program Khatam dan Solat Tasbih Muslimah Perdana 2010.

Ustazah Norazian Bt Mohd Akil dijemput pada tahun ini untuk menyampaikan tazkirah, mengimamkan solat tasbih muslimah seterusnya mengetuai majlis khatam.



Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada kumpulan-kumpulan tadarus yang turut menyumbang bunga telur untuk dijadikan sebagai buah tangan. Suasana di lobi masjid pada ketika itu meriah dan berwarna-warni dengan bunga telur yang disumbangkan.



Sekitar jam 9.45 pagi, solat tasbih dimulakan dengan diimamkan oleh Ustazah Norazian Bt. Mohd. Akil.

Pada masa yang sama, Nazir Masjid As Salam Puchong Perdana Tuan Hj. Yasim Mohamed ditemuramah oleh Cik Farhana dari Akhbar Sinar Harian.

Selain dari memaklumkaan berkaitan 2 program yang berlangsung serentak iaitu Program Khatam dan Solat Tasbih Muslimah Perdana 2010 dan Program Bantuan Anak-anak yatim sempena Aidilfitri, Tuan Hj. Yasim juga telah memberi penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti masjid dibawah biro-biro yang dibentuk terutamanya aktiviti Biro Nahi Mungkar yang telah banyak menjalankan aktiviti dakwah pencegahan dan membenteras masalah sosial remaja khususnya di kawasan kariah Masjid As Salam.




Program berakhir sekitar jam 11.30 pagi dengan AJK Biro Muslimah mengagihkan bunga telur yang dibawa oleh peserta-peserta tadarus serta bersalam-salaman saling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi. Insha’Allah, jika dipanjangkan usia, program ini akan dilaksanakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories