Sabtu, September 11, 2010

Agama Islam dihina lagi

Video di bawah ini tidak mengandungi unsur2 "editing" walaupun terdengar suara latar. Suara latar adalah terhasil melalui proses rakaman semula menggunakan aplikasi sofwer "Snagit", di mana suara itu adalah suara anak-anak saya. Video asalnya ialah melalui satu set video yang dihantar ke dinding Facebook saya.



Apa yang cuba saya gambarkan ialah sudah semakin banyak artikel berbentuk video dan juga gambar memaparkan tindakan kurang sopan dan tidak senonoh segelintir masyarakat tanpa memikirkan sensitiviti sesuatu kaum dengan pegangan agama masing-masing. Jelas sekali video ini merupakan satu bentuk penghinaan kepada Agama Islam dan sewajarnyalah pihak berwajib menyiasat perkara ini supaya gejala-gejala seperti ini tidak terus menular.

Samada remaja-remaja tersebut adalah dari kalangan mereka yang rendah moralnya mahupun pehak berkuasa gereja terbabit, kedua-duanya mesti dipersalahkan. Ini satu gambaran jelas bahawa bukanlah Agama Islam yang sepatutnya dilebelkan sebagai ganas dan penyebab kepada isu perkauman seperti mana yang sering kali dilemparkan tuduhan.

Ini adalah sebahagian daripada banyak lagi isu-isu yang cuba dimainkan untuk menyemarakkan lagi rasa "Anti Islam" di Malaysia ketika ini. Sama juga dengan isu iklan Hari Raya yang telah dibatalkan penyiarannya oleh TV3 baru-baru ini. Jelas sekali kesemua itu terdapat pelbagai agenda buruk terhadap Islam yang memang disengajakan tanpa perlu berselindung.

Manakan ianya boleh dikatakan tidak disengajakan sedangkan selepas hanya beberapa kali saja ditayangkan, kita dengan mudah membuat kesimpulan terhadap pelbagai sudut "shot" yang dibuat. Dimensi-dimensi tersebut terlalu senang untuk dirumuskan. Keterlibatan dakyah Kritianisasi, Yahudi, Illuminati dan sebagainya  amat jelas sekali dalam usaha-usaha halus mereka untuk menyeleweng akidah umat Islam.

Dalam bentuk bersahaja, penonton yang kurang peka hanyalah mampu mengatakan iklan itu sungguh unik dan menakjubkan. Itu adalah bagi mereka yang memang khusuk melayari TV3 suku sepanjang hari. Tidak ada langsung sikap keperdulian dan sensitiviti setelah melihat gadget-gadget yang pelik-pelik asalkan ianya menyeronokkan. Yang penting ialah seronok. Sama juga dengan penerbit. Perlu apa untuk difikirkan sangat dakyah-dakyah yang terselit. Itu memeningkan kepala sahaja. Apa yang penting TV3 mampu menambat hati penonton untuk terus melekat di depan kaca TV.

Yang paling teruk lagi ialah orang yang paling berothoriti di di TV3. Asalkan sesuatu slot itu memberikan pulangan yang lumayan, itulah yang diutamakan. Tanpa kita sedar, itulah perancangan jahat pihak-pihak yang kurang senang melihat Islam tersebar dengan pesatnya.

Namun sesuatu yang kita mesti terima hakikat, kita umat Islam tidak mampu melawan nafsu dan kesempatan inilah yang diambil oleh para mubaligh Kristian dan Yahudi dengan sebaik mungkin. Modus operandi sedemikian telah ujud semenjak dahulu lagi.

Jadi apakah yang harus Umat Islam lakukan? Apakah ada pilihan sekiranya Iman dan pegangan serta kefahaman tentang Islam adalah terlalu nipis atau tiada langsung?

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories