Khamis, September 30, 2010

Muslimah memang tak guna.....

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda mesti rasa marah. Rileks! Jangan gelabah! Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.




1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg hanya layak dipakai oleh perempuan jalang.



2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat Islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan Islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan Islam & muslimah yang BERGUNA!

Sila Klik sini untuk lebih informasi..
http://greensyndicate.blogspot.com/2010/09/muslimah-memang-tak-guna.html

Selasa, September 28, 2010

Lagi suasana kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya















Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid As-Salam berjalan dengan penuh meriah

AJk menyampaikan duit hari raya kepada semua kanak-kanak





Tetamu daripada kaum India kelihatan begitu gembira selepas menikmati jamuan



En Zamri Padilah, AJK yang bertugas sedang sibuk melayani tetamu









Sepasang suami isteri keturunan Tionghwa sedang menikmati makanan














Sejarah tercipta di Masjid As-Salam Puchong Perdana

Father Leonard Lexson, Brother Micheal dan rombongan daripada Gereja Kristian Puchong disambut oleh Ustaz Khairudin (Imam) dan En Harun Nayan (AJK)

Puchong, 25 Sept - Masjid As-Salam Puchong Perdana sekali lagi mencipta sejarah kerana telah dapat mempertemukan Ketua-ketua Agama (Islam, Kristian, Hindu, Buddha) dan Pemimpin Parti Politik (Umno, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC) Kawasan Puchong di Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di pekarangan Masjid As-Salam Sabtu lalu.

Dalam ucapan alu-aluannya, Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemimpin Masyarakat yang menjadi tetamu VIP di Majlis tersebut.
Ini merupakan kali pertama Pengurusan Masjid As-Salam mengundang Ketua-ketua Agama dan Pemimpin Parti Politik dan masyarakat semua kaum untuk hadir di Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan.

Ahad, September 26, 2010

Ucapan Hari Raya daripada Wakil Kaum India





LAPORAN PROGRAM KHATAM DAN SOLAT TASBIH MUSLIMAH PERDANA 2010

Salam Eidulfitri Al-Mubarak yang masih berbaki. Ramadhan yang lalu menjadi bulan tarbiyyah untuk semua umat Islam dalam menghayati kasih sayang Allah S.W.T. Insha’Allah, bersama-samalah kita benar-benar memohon kepada Allah agar kita terus diberi kekuatan untuk terus merasa nikmat beramal dibulan-bulan lain seperti kita beramal dibulan Ramadhan.

Pada 5 September 2010 bersamaan 26 Ramadhan 1431H, Biro Muslimah Masjid As-Salam telah menganjurkan Program Khatam dan Solat Tasbih Muslimah Perdana 2010.

Program ini merupakan program kemuncak bagi peserta-peserta tadarus diperingkat muslimah samada mewakili masjid, surau-surau di dalam kariah mahupun persendirian untuk ramadhan pada tahun ini.

Diantara objekif perlaksanaan program ini ialah mengimarah aktiviti bertadarus untuk menghidupkan Ramadhan di peringkat muslimat kariah masjid As-Salam, merapatkan ukhwwah Islamiyyah diantara muslimat kariah masjid As-Salam dan juga menjadi kesinambungan program tadarus dan khatam perdana pada tahun 2009

Jam 8.30 pagi dengan cuaca yang hujan sejak pada malamnya tidak menjadi halangan kepada muslimah-muslimah dikariah Masjid As Salam untuk hadir. Majlis telah dibuka oleh Pn Noor Hanim selaku Ketua Biro Muslimah pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran muslimah hampir 300 orang.

Nazir Masjid As Salam Tn Hj. Yasim Mohamed berkelapangan meluangkan masa bersama-sama di dalam majlis ini seterusnya merasmikan Program Khatam dan Solat Tasbih Muslimah Perdana 2010.

Ustazah Norazian Bt Mohd Akil dijemput pada tahun ini untuk menyampaikan tazkirah, mengimamkan solat tasbih muslimah seterusnya mengetuai majlis khatam.



Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada kumpulan-kumpulan tadarus yang turut menyumbang bunga telur untuk dijadikan sebagai buah tangan. Suasana di lobi masjid pada ketika itu meriah dan berwarna-warni dengan bunga telur yang disumbangkan.



Sekitar jam 9.45 pagi, solat tasbih dimulakan dengan diimamkan oleh Ustazah Norazian Bt. Mohd. Akil.

Pada masa yang sama, Nazir Masjid As Salam Puchong Perdana Tuan Hj. Yasim Mohamed ditemuramah oleh Cik Farhana dari Akhbar Sinar Harian.

Selain dari memaklumkaan berkaitan 2 program yang berlangsung serentak iaitu Program Khatam dan Solat Tasbih Muslimah Perdana 2010 dan Program Bantuan Anak-anak yatim sempena Aidilfitri, Tuan Hj. Yasim juga telah memberi penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti masjid dibawah biro-biro yang dibentuk terutamanya aktiviti Biro Nahi Mungkar yang telah banyak menjalankan aktiviti dakwah pencegahan dan membenteras masalah sosial remaja khususnya di kawasan kariah Masjid As Salam.




Program berakhir sekitar jam 11.30 pagi dengan AJK Biro Muslimah mengagihkan bunga telur yang dibawa oleh peserta-peserta tadarus serta bersalam-salaman saling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi. Insha’Allah, jika dipanjangkan usia, program ini akan dilaksanakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Ahad, September 19, 2010

Suasana Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri di Masjid As-Salam pada 1 Syawal 1431H (10/9/2010)

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed mengalu-ngalukan kedatangan para jemaah serta menyampaikan taklimat ringkas sebelum solat sunat Hari Raya bermula
Sebahagian daripada jemaah yang hadir

Tn Nazir menyampaikan khutbah Hari Raya

Khamis, September 16, 2010

Sambungan: Suasana Majlis Meraikan anak-anak yatim

Anak-anak yatim mendaftarkan diri untuk tujuan penyelarasan

Sesi pendaftaran sebelum bertolak ke Jusco Seri kembangan

Rabu, September 15, 2010

Intipati Khutbah Eidul Fitri yang disampaikan oleh Nazir As-Salam pada 10/9/2010

Hari ini seluruh umat Islam di dunia meraikan ‘Idulfitri. Mereka menyatakan kesyukuran dengan bertasbih, bertahmid memuji Allah dan bertakbir mengagungkan-Nya sebagai tanda kegembiraan kerana berjaya memerangi nafsu dan pengaruh syaitan sepanjang bulan Ramadhan. Nafsu adalah musuh utama dan paling besar terhadap manusia. Mereka yang berjaya mengalahkan pengaruh nafsu dan syaitan itulah orang yang bertaqwa kepada Allah.

Bukti taqwa yang lahir dari kesan Ramadhan itu berada dalam diri kita:
Pertama : Kita akan sentiasa bersemangat untuk menunaikan perintah Allah dengan ikhlas. Kedua: Kita akan terus merasa bimbang jika ketinggalan untuk mengerjakan perintah Allah. Ketiga: Kita akan sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Keempat: Kita akan terus menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk ke jalan yang benar, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Kelima : Kita akan merasa perubahan pada diri ke arah yang lebih baik, lebih berintegriti, telus dan berkeperibadian soleh.

Majlis Penyampaian Sumbangan di Surau Pangsapuri Elina Puchong Prima


En Ahmad Shah dari Surau Al-Muqaddim Pangsapuri Lili menerima sumbangan daripada Nazir Masjid As-Salam

Puchong 6 Sept, Satu Majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan telah diadakan di Surau Pangsapuri Puchong Prima. Nazir Masjid As-Salam Tn Hj Yasim Mohamed telah hadir menyempurnakan majlis Penyampaian Sumbangan tersebut.

Menurut Ketua Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana En Harun Nayan, seramai 50 keluarga telah dikenal pasti layak menerima sumbangan tersebut. Hadir bersama dalam Majlis Penyampaian Sumbangan tersebut ialah En Abd Aziz b. Hassan, Pengerusi Surau Nurul Iman Pangsapuri Elina dan En Othman b. Bahari, Pengerusi Surau pangsapuri Melor dan En Ahmad Shah bin Tahir, wakil bagi Surau Al-Muqaddim Pangsapuri Lili.

Selasa, September 14, 2010

Laporan Program Meraikan Anak Yatim dan Majlis Berbuka Puasa

Anak-anak yatim dibawa membeli pakaian hari raya di Jusco Seri kembangan

Anak yatim, itulah gelaran yang cukup sinonim kepada kanak-kanak khususnya yang kehilangan ibu atau bapa. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka dalam meneruskan kehidupan didunia ini. Tidak salah atau keterlaluan rasanya jika saya berpendapat bahawa kita seharusnya memindahkan sedikit perhatian kita dari anak-anak kita kepada mereka ini. Kerana mereka ini juga ada haknya keatas diri kita.

Sabtu, September 11, 2010

Agama Islam dihina lagi

Video di bawah ini tidak mengandungi unsur2 "editing" walaupun terdengar suara latar. Suara latar adalah terhasil melalui proses rakaman semula menggunakan aplikasi sofwer "Snagit", di mana suara itu adalah suara anak-anak saya. Video asalnya ialah melalui satu set video yang dihantar ke dinding Facebook saya.



Apa yang cuba saya gambarkan ialah sudah semakin banyak artikel berbentuk video dan juga gambar memaparkan tindakan kurang sopan dan tidak senonoh segelintir masyarakat tanpa memikirkan sensitiviti sesuatu kaum dengan pegangan agama masing-masing. Jelas sekali video ini merupakan satu bentuk penghinaan kepada Agama Islam dan sewajarnyalah pihak berwajib menyiasat perkara ini supaya gejala-gejala seperti ini tidak terus menular.

Samada remaja-remaja tersebut adalah dari kalangan mereka yang rendah moralnya mahupun pehak berkuasa gereja terbabit, kedua-duanya mesti dipersalahkan. Ini satu gambaran jelas bahawa bukanlah Agama Islam yang sepatutnya dilebelkan sebagai ganas dan penyebab kepada isu perkauman seperti mana yang sering kali dilemparkan tuduhan.

Ini adalah sebahagian daripada banyak lagi isu-isu yang cuba dimainkan untuk menyemarakkan lagi rasa "Anti Islam" di Malaysia ketika ini. Sama juga dengan isu iklan Hari Raya yang telah dibatalkan penyiarannya oleh TV3 baru-baru ini. Jelas sekali kesemua itu terdapat pelbagai agenda buruk terhadap Islam yang memang disengajakan tanpa perlu berselindung.

Manakan ianya boleh dikatakan tidak disengajakan sedangkan selepas hanya beberapa kali saja ditayangkan, kita dengan mudah membuat kesimpulan terhadap pelbagai sudut "shot" yang dibuat. Dimensi-dimensi tersebut terlalu senang untuk dirumuskan. Keterlibatan dakyah Kritianisasi, Yahudi, Illuminati dan sebagainya  amat jelas sekali dalam usaha-usaha halus mereka untuk menyeleweng akidah umat Islam.

Dalam bentuk bersahaja, penonton yang kurang peka hanyalah mampu mengatakan iklan itu sungguh unik dan menakjubkan. Itu adalah bagi mereka yang memang khusuk melayari TV3 suku sepanjang hari. Tidak ada langsung sikap keperdulian dan sensitiviti setelah melihat gadget-gadget yang pelik-pelik asalkan ianya menyeronokkan. Yang penting ialah seronok. Sama juga dengan penerbit. Perlu apa untuk difikirkan sangat dakyah-dakyah yang terselit. Itu memeningkan kepala sahaja. Apa yang penting TV3 mampu menambat hati penonton untuk terus melekat di depan kaca TV.

Yang paling teruk lagi ialah orang yang paling berothoriti di di TV3. Asalkan sesuatu slot itu memberikan pulangan yang lumayan, itulah yang diutamakan. Tanpa kita sedar, itulah perancangan jahat pihak-pihak yang kurang senang melihat Islam tersebar dengan pesatnya.

Namun sesuatu yang kita mesti terima hakikat, kita umat Islam tidak mampu melawan nafsu dan kesempatan inilah yang diambil oleh para mubaligh Kristian dan Yahudi dengan sebaik mungkin. Modus operandi sedemikian telah ujud semenjak dahulu lagi.

Jadi apakah yang harus Umat Islam lakukan? Apakah ada pilihan sekiranya Iman dan pegangan serta kefahaman tentang Islam adalah terlalu nipis atau tiada langsung?
Grab this Widget ~ Blogger Accessories