Isnin, Ogos 16, 2010

Penyampaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan

Tn Nazir menyampaikan sumbangan kepada Mantan Pengerusi Surau Madrasatul Ehsan Tn Hj Manan.

Pada 8 Ogos 2010 yang lalu, bertempat di Surau Madrasatul Ehsan Puchong Perdana, satu majlis ringkas Penyampaian sumbangan beras kepada mereka yang memerlukan telah berlangsung.
Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed telah menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima di sekitar kariah Surau Madrasatul Ehsan.
Dalam ucapan ringkas pada majlis tersebut, Tuan Nazir mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada jawatankuasa Surau kerana telah dapat mengumpulkan mereka-mereka yang layak menerima sumbangan ini.
Disebelah pagi, sebelum majlis penyerahan sumbangan berlangsung, gotong-royong membersih kawasan surau telah diadakan. Gotong royong ini merupakan persiapan menyambut Ramadhan untuk memastikan kawasan surau bersih dan selesa untuk digunakan disepanjang bulan Ramadhan ini.
Pemeriksaan kesihatan turut juga diadakan.


Sumbangan daripada Masjid As-salam kepada Surau Madrasatul Ehsan telah disampaikan oleh Tuan Nazir kepada Pengerusi Surau yang baru Tn Hj Rosli Husin.








Pengerusi Surau Tn Hj Rosli menyampaikan ucapan alu-aluan

Peserta gotong-royong menikmati jamuan tengah hari setelah aktiviti gotong-royong selesai.


Jemaah menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories