Isnin, Ogos 30, 2010

Penyampaian sumbangan di Surau Annajatul Hasanah Puchong Permai

Tn Nazir menyampaikan sumbangan kepada yang layak
Pada 22hb Ogos yang lalu satu majlis penyerahan sumbangan kepada mereka yang memerlukan telah berlangsung di Surau Annajatul Hasanah Flat Puchong Permai.


Tn Hj Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As-Salam telah hadir untuk membuat penyerahan tersebut. Didalam ucapan alu-aluannya beliau menyatakan bahawa Masjid As-Salam menerima sumbangan daripada pihak penaja untuk disumbangkan kepada mereka-mereka yang layak.


Seramai 45 orang penerima yang layak telah menerima sumbangan daripada Masjid As-Salam itu. Turut hadir dalam majlis penyerahan itu ialah Cikgu Ahmad Idzam seorang aktivis masyarakat yang sangat perihatin.
Cikgu Idzam menyatakan sesuatu kepada Tn Nazir

Sebahagian daripada penerima sumbangan

Tn Nazir menyampaikan ucapan
Pengerusi Surau En Yusof Zimat (No. 4 dari kiri) bersama dengan AJK Surau yang lain

Laporan: Wartawan As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories