Jumaat, Ogos 13, 2010

Majlis meraikan anak-anak yatim di Surau Al-Muttaqin Court 2, Taman Puchong Utama


Pada 7 Ogos bertempat di Surau Al-Muttaqin Court 2, Taman Puchong Utama, satu majlis meraikan anak-anak yatim telah berlangsung.

Ketibaan anak-anak yatim dari Rumah Limpahan Kasih Taman Sri Aman disambut dengan iringan bunga manggar dan paluan kompang yang diatur secara khas untuk majlis ini.


Anak-anak yatim dilayan untuk jamuan minum petang sebelum masuk waktu Solat Asar. Sambil itu, anak-anak ahli kariah mempersembahkan nasyid kepada para tetamu.



Selepas Solat Maghrib, acara diteruskan dengan majlis membaca Surah Yassin dan Tahlil; kemudian diikuti dengan majlis Marhaban dari Muslimat.

Selepas Solat Maghrib, Majlis tazkirah disampaikan oleh Ustaz Abdullah yang juga mengajar Ilmu Feqah di Surau Al-Muttaqin Court2.

Majlis jamuan makan malam bermula setelah Solat Fardu Isyak selesai. Menu utama adalah satay, BBQ kambing, nasi minyak , kuih-muih, buah-buahan dan lain-lain.

Semua anak-anak yatim menikmati hidangan jamuan makan malam dengan dilayan oleh AJK-AJK Surau dan Ahli-Ahli kariah.




Nazir Masjid As-Salam Tn Hj Yasim Mohamed sebagai Jemputan Kehormat dijemput untuk menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil dari Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih, Rumah Anak Yatim Kajang dan Anak-Anak Yatim tempatan.

Antara barang-barang sumbangan yang diagihkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim adalah beras, hamper dan wang tunai. Semuanya hasil sumbangan dari ahli-ahli kariah Surau Al-Muttaqin Court2.





Gambar kenangan antara AJK-AJK Surau dan ahli-ahli kariah yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Laporan oleh;
Saharuddin B. Ramli
Pengerusi
Surau Al-Muttaqin Court 2
Taman Puchong Utama

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories